Panduan ini mengandungi kesemua perkara yang anda ingin tahu tentang handbag Malaysia.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang jenama handbag Malaysia yang berkuakiti dan terkini, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

 

beg tangan malaysia

 

Tak lengkap rasanya kehidupan seorang wanita tanpa membawa beg tangannya.

Rata-rata wanita hari ini pasti mempunyai beg tangan dengan mengisi segala keperluan, dari sekecil saiz gincu, bedak muka, kunci kereta sehinggalah komputer bimbit.

Semakin besar saiz beg, semakin banyak barangan yang boleh dimuatkan.

Bagi mereka yang bergelar ibu, beg tangan juga di'sumbat' dengan pampers dan botol susu anak.

 

Mengapa Perlunya Beg Tangan?

Sama ada ke pejabat, membeli-belah atau ke majlis rasmi, beg tangan menjadi aksesori tambahan wajib kepada setiap wanita.

Di bawah merupakan antara keperluannya:

 

- Mengisi barang peribadi

barangan dalam beg wanita

Ini termasuklah alat-alat solek, minyak wangi, dompet, tuala wanita, kunci kereta dan rumah serta buku nota kecil dan pen.

Tetapi kalau boyfriend atau suami selongkar beg tangan pasangan mereka, pasti akan terkejut jika menemui barangan yang pada mereka tak perlu ada atau tak perlu bawa.

Misalnya, sos cili, mini kalkulator dan flos gigi.

 

- Tampak Cantik Bergaya

 

bergaya dengan beg tangan

 

Tahukah anda, dengan menggayakan beg tangan yang cantik dan mahal, adakalanya menunjukkan seseorang itu sangat ke depan dengan fesyen semasa.

 

- Status Sosial Seseorang

 

handbag lambang kemewahan

 

Tidak dinafikan, memiiki beg tangan berjenama mewah dan mahal melambangkan status sosial seseorang wanita.

Misalnya jika anda menggayakan Hermes atau Loius Vuitton, confirm anda dipandang sebagai wanita yang ada kelas.

Bahkan, memiliki beg tangan sebegini juga dianggap sebagai kepuasan kepada seseorang wanita yang bekerja keras dalam kerjayanya.

- Dah Jadi Habit!


Semacam tak lengkap jika keluar kemana-mana tanpa membawa beg tangan, walaupun hanya ke kedai runcit.


Variasi Handbag Malaysia

Hari ini kita dapat melihat pelbagai fesyen beg tangan yang menjadi pilihan wanita.

Malah ada yang memakai beg tangan mengikut fungsi, acara dan tema pakaiannya.

Antara handbag yang sering menjadi pilihan adalah:

 

Beg Hobo

 

 

Ia boleh dipakai sama ada disilang pada badan atau diletakkan pada bahu.

Mempunyai ruang yang praktikal dan sesuai digayakan dalam apa jua keadaan.
Coach merupakan antara pilihan wanita untuk handbag Malaysia bagi jenis hobo.

 

Beg Tote

 

 

Longchamp dan Micheal Kors merupakan jenama handbag yang terkenal dengan rekaan tote bag.

Sama ada bersaiz kecil, sederhana atau besar, beg tangan jenis ini amat sesuai dipakai ke mana sahaja dan boleh memuatkan banyak barang.

 

Satchel

 

 

Untuk beg tangan jenis ini, ia sesuai digayakan ke majlis formal atau ke pejabat.
Antara jenama yang menjadi pilihan adalah Coach dan Loius Vuitton.

 

Fanny Pack

 

 

Buat wanita muda yang berani berfesyen dan mahu tampil minimalis, beg tangan ini amat sesuai untuk anda.

Branded Handbags For Women

Tidak keterlaluan untuk mengatakan setiap wanita memiliki lebih dari tiga pasang beg tangan.

Ada yang sanggup mengumpul duit semata-mata mahu memiliki beg tangan jenama mewah dan terbaru di pasaran.

Di bawah kami senaraikan antara handbag Malaysia berjenama dan popular yang digemari wanita.

 

  • Coach

 

Jenama yang berasal dari Amerika Syarikat dengan menawarkan pelbagai koleksi beg tangan yang unik dan bergaya.

Coach handbags ini amat sesuai bagi wanita yang mementingkan kualiti selain tahan lama.

 

  • Fossil

 

Tom Kartsotis merupakan pihak bertanggungjawab menubuhkan jenama Fossil pada tahun 1984.

Jenama ini amat digemari oleh pelbagai golongan wanita tanpa mengira umur.

Fossil sering tampil dengan ciri-ciri kontemporari bersesuaian dengan penampilan individu yang unik.

 

  • Micheal Kors

 

Juga salah sebuah jenama yang berasal dari Amerika Syarikat yang diperkenalkan oleh seorang pereka fesyen bernama Michael David Kors.

Selain beg tangan, Micheal Kors juga terkenal dengan aksesori, barang kemas dan kasut.

  • Longchamp

 

Pada tahun 1948, Jean Cassegrain memulakan perniagaan jenamanya dengan menjual dompet dan penutup passport.

Sambutan menggalakkan dari orang ramai membolehkan dirinya menghasilkan rangkaian handbag berjenama mewah dengan menyasarkan produk kulit mewah.

beg mewah

 

Ada orang terpaksa mengumpul wang berbulan-bulan demi mendapatkan beg tangan jenama mewah pilihan.

Ada juga yang mengambil kesempatan mengirim kepada rakan-rakan yang bercuti ke luar negara.

 

Sellection, merupakan butik handbag Malaysia yang terkenal dan menjadi pilihan ramai bagi membeli barangan berjenama mewah, original dan berkualiti tinggi.

Pastinya anda tidak berasa was-was membelah-belah dengan kami.

Kesemua barangan di Sellection dibeli terus di Amerika Syarikat, Kanada dan benua Eropah.

Malah harga yang ditawarkan juga berpatutan dan mampu milik bagi membolehkan orang ramai memilikinya.

Rafidah, merupakan wanita bertanggungjawab membangunkan Sellection, malah seorang trusted seller selama empat tahun yang menjual barangan berjenama seperti Coach, Fossil, LV, Longchamp, Corelle dan Pyrex.

Bukan hanya dikenali sebagai butik handbag Malaysia, Sellection juga turut menjual :

Set alatan memasak

Pinggan mangkuk

Jam tangan

Kosmetik

Dan bermacam lagi.

 

Klik sini untuk menghubungi kami.