This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 7000++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

designer handbags | beg tangan

7 Perkara Menarik Tentang Designer Handbags | Beg Tangan

Panduan ini mengandungi kesemua perkara yang anda ingin tahu tentang designer handbags / beg tangan

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang jenama handbag Malaysia yang berkualiti dan terkini, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

 

designer handbags
Penggunaan Handbags mengikut keperluan dan fungsi yang disediakan

 

   Tak lengkap rasanya kehidupan seorang wanita tanpa membawa beg tangan.

Rata-rata wanita hari ini pasti mempunyai beg tangan bertujuan untuk mengisi segala keperluan, dari sekecil saiz gincu, bedak muka, kunci kereta sehinggalah komputer bimbit.

Semakin besar saiz beg, semakin banyak barangan yang boleh dimuatkan.

Bagi mereka yang bergelar ibu, beg tangan juga di'sumbat' dengan pampers dan botol susu anak.

 

Mengapa Perlunya Beg Tangan?

   Sama ada ke pejabat, membeli-belah atau ke majlis rasmi, beg tangan menjadi aksesori tambahan wajib kepada setiap wanita yang bergelar suri rumah dan bekerjaya.

Di bawah merupakan antara keperluannya:

 

- Mengisi barang peribadi

Keluasan setiap compartment handbags mengikut ciri yang ditetapkan

   Ini termasuklah alat-alat solek, minyak wangi, dompet, tuala wanita, kunci kereta, gadget, buku nota kecil dan pen. Tetapi kalau boyfriend atau suami selongkar beg tangan pasangan mereka, pasti akan terkejut jika menemui barangan yang tidak perlu ada atau tak perlu dibawa. Misalnya, sos cili, mini kalkulator dan flos gigi.

 

- Tampak Cantik Bergaya

 

Madam Rafidah menggayakan diri dengan handbags Coach Rowan File Bag

 

   Tahukah anda, dengan menggayakan beg tangan yang cantik dan mahal, adakalanya menunjukkan seseorang itu sangat ke depan dengan fesyen semasa.

 

- Status Sosial Seseorang

 

Lonnie Coach Bag meningkatkan konfiden si pemakai

 

   Tidak dinafikan, memiiki beg tangan berjenama mewah dan mahal melambangkan status sosial seseorang wanita. Misalnya jika anda menggayakan beg tangan Coach, confirm anda dipandang sebagai wanita yang ada kelas. Bahkan, memiliki beg tangan sebegini juga dianggap sebagai kepuasan kepada seseorang wanita yang bekerja keras dalam kerjayanya.

- Dah Jadi Habit!


   Semacam tak lengkap jika keluar kemana-mana tanpa membawa beg tangan, walaupun hanya ke kedai runcit. Ternyata, beg tangan telah menjadi satu keperluan kepada wanita walaupun hanya menjadi seorang suri rumah. 


Variasi Handbag Malaysia

   Hari ini kita dapat melihat pelbagai fesyen beg tangan yang menjadi pilihan wanita. Malah ada yang memakai beg tangan mengikut fungsi, acara dan tema pakaiannya. Antara handbag yang sering menjadi pilihan adalah:

 

Beg Hobo

Coach Hobo Bag
Ia boleh dipakai sama ada disilang pada badan atau diletakkan pada bahu.

Mempunyai ruang yang luas, praktikal dan sesuai digayakan dalam apa jua keadaan.

Hobo menjadi pilihan terutamanya kepada wanita bekerjaya seperti Cikgu kerana memudahkan mereka untuk membawa pelbagai jenis alat tulis, dokumen serta barang peribadi mereka. Koleksi daripada Coach merupakan antara pilihan wanita untuk handbag Malaysia bagi jenis hobo.

 

Beg Tote

Coach Open City Tote 

 

   Coach dan Micheal Kors merupakan jenama handbag yang terkenal dengan rekaan tote bag. Sama ada bersaiz kecil, sederhana atau besar, beg tangan jenis ini amat sesuai dipakai ke mana sahaja dan boleh memuatkan banyak barang. Rata-rata pengemar handbags yang jenis Tote terdiri daripada kategori Ibu dan pelajar yang sukakan 'free hand'

 

Satchel

Satchel Bag Coach

    Untuk beg tangan jenis ini, ia sesuai digayakan ke majlis formal atau ke pejabat.
Antara jenama yang menjadi pilihan adalah Coach dan Michael Kors.

Dua jenama ini mempunyai handbag bentuk berstrukur serta compartment yang banyak kerana dapat memudahkan para penggunanya untuk menyusun barang dengan lebih teratur. Antara profesi yang selalu menggunakan handbag jenis Satchel ini ialah Peguam dan Pensyarah.

 

Fanny Pack

 

 

Coach Fanny Pack/ Belt Bag

Buat wanita muda yang berani berfesyen dan mahu tampil minimalis, beg tangan ini amat sesuai untuk anda kerana ia bukan sahaja boleh di gayakan di bahagian badan malah di bahagian pinggang juga.

Handbags ini akan membuatkan anda kelihatan lebih sporty dan relaks! Peminat kepada handbags koleksi Fanny Pack ini ialah mereka yang suka mengikuti acara sukan permotoran serta pemakaian yang kasual.

Branded Designer Handbags For Women

Tidak keterlaluan untuk mengatakan setiap wanita memiliki lebih dari tiga pasang beg tangan. Ada yang sanggup mengumpul duit semata-mata mahu memiliki beg tangan jenama mewah dan terbaru di pasaran. Di bawah kami senaraikan antara handbag Malaysia berjenama dan popular yang digemari wanita.

 

  • Coach

 

Jenama yang berasal dari Amerika Syarikat dengan menawarkan pelbagai koleksi beg tangan yang unik dan bergaya. Coach handbags ini amat sesuai bagi wanita yang mementingkan kualiti selain tahan lama.

 

  • Kate Spade

Kate Spade Lizzie Backpack

 

Berikut merupakan jenama yang tidak asing lagi didengari ditelinga para penggemar fesyen pada hari ini. Jenama tersebut ialah Kate Spade. Jenama ini ditubuhkan pada tahun 1993 oleh pasangan suami isteri iaitu Kate Spade dan Andy Spade.

Kate Spade ini amat digemari oleh pelbagai golongan wanita terutama sekali bagi anak muda kerana rekaannya yang elegan dan unik membuatkan ianya tampil menyerlah. Kalau kita berjalan keluar ke shopping mall pada hujung minggu pasti akan terserempak dengan wanita-wanita muda yang memakai jenama Kate Spade.

 

  • Michael Kors

Michael Kors EW Zip Chain

Juga salah sebuah jenama yang berasal dari Amerika Syarikat yang diperkenalkan oleh seorang pereka fesyen bernama Michael David Kors.