Staff sangat membantu..kaedah pembayaran juga dipermudahkan buat saya yang tak berapa mahir online online ni..
Pembungkusan parcel membuat penerima teruja & rasa istimewa. Saya pasti akan membeli lagi selepas ini. Terima kasih Nora & team selection..💐💐
Sangat gembira sebab dah dapat yang 1 set... Material yang bagus, selesa pakai rasa happy. Tq selection...saya dah ada koleksi beg beg dari selection dalam 6 koleksi.... ❤️Semoga selection terus maju jaya kehadapan dan dapat mengembirakan hati para wanita semua di Malaysia...
Bag Cece sangat cantik 🥰🥰 & diterima dlm keadaan yg baik & elok. Terima kasih juga kerana memberi kemudahan kepada pembeli dengan bayaran secara ansuran 🫶🏼🫰🏼
Harap perkongsian ini tidak publish ya. Ini kali pertama saya membuat pembelian dengan Butik Sellection selepas teruja melihat Mem Rafidah menggayakan koleksi Michael Kors. Walaupun harga beg yang dibeli bukanlah bernilai ribuan ringgit seperti kebiasaan yang digayakan oleh mem, saya sudah cukup teruja menunggu beg pre order sampai ke tangan dan menjadi beg kebanggaan untuk ditayangkan kepada family. Penantian berakhir apabila menerima mesej beg MK sedia untuk dibawa pulang. Namun, keterujaan saya terhenti apabila tiba di rumah, saya dapati beg tersebut kelihatan sedikit cacat pada bahagian depan. Saya mengambil video sebagai bukti dan telah menghantarkan kepada staf butik. Saya dibenarkan membuat pemulangan semula. Saya ke sana sekali lagi dengan harapan besar agar saya dapat mematahkan penghinaan rakan2. Mereka beranggapan saya membeli beg MK ini dari China iaitu copy original setelah melihat kualiti dan kecacatan pada bahagian depan beg.Mereka tidak percaya bahawa beg ini dtgnya jauh dari us sebagaimana yg diorder oleh butik. Saya dimaklumkan bahawa semua stok dan pelanggan lain turut mengadu hal sama. Keterujaan saya terhenti apabila mengenangkan hal ini. Kualiti yang diragui sepatutnya tidak berlaku kerana sebelum ini, kami cukup yakin dan menyanjungi usaha mem untuk menjual beg berkualiti. Erm, tiada rezeki saya. Sehingga kini, saya tidak pernah menggunakan beg tersebut kerana risau akan menjejaskan benang pada bahagian beg yang lain. Maka, tak tercapai lagi untuk saya menggayakan beg dari Butik Sellection. Mungkin, kalau ditakdirkan ada rezeki lebih, saya cuba tidak akan serik untuk membeli beg dari mem yang lebih mahal agar kualitinya terjamin. InshaAllah. Doakan ya.. ini just luahan saya bukan niat nak menjatuhkan butik Sellection. Jangan kongsi ya..baca saja sudah cukup bagi saya untuk meluahkan yang terbuku di hati. Teeima kasih