This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 6200++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

personal shopper

Personal Shopper Malaysia Ini Dedah Bagaimana Dia Raih Pendapatan 5 Angka Setiap Bulan

Kecanggihan teknologi pada hari ini menyebabkan ramai di antara kita lebih gemar membeli-belah secara on-line atau dalam talian. Tak perlu bersesak memilih barangan dan beratur panjang untuk membayar di kaunter. Mengambil kira kekangan ini, ada di kalangan kita memilih untuk menjadi personal shopper.

Tahukah anda kerjaya sebagai personal shopper mampu memberikan anda pendapatan yang lumayan?


Kecanggihan teknologi pada hari ini menyebabkan ramai di antara kita lebih gemar membeli-belah secara on-line atau dalam talian. Tak perlu bersesak memilih barangan dan beratur panjang untuk membayar di kaunter. Mengambil kira kekangan ini, ada di kalangan kita memilih untuk menjadi personal shopper.


Apa itu personal shopper?

Istilah ini tidak lagi asing di kalangan rakyat Malaysia. Personal shopper merujuk kepada perkhidmatan secara berbayar yang membantu pelanggan membeli barangan keperluan yang diingini. Ia bermula dari proses pemilihan, pembelian hinggalah penghantaran barangan.

Adakah ada seorang shopaholic? Apa kata jadikan kegemaran anda itu sebagai suatu kerjaya impian! Sama ada secara part-time atau full-time, semuanya terpulang kepada anda.

Kerjaya sebagai personal shopper kini kian diminati dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan waktu kerja yang sangat fleksibel lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak gemar makan gaji, kerjaya ini juga menjanjikan pendapatan yang lumayan.

 



Secara umumnya, terdapat dua jenis pembeli peribadi:

  • Pertama, yang fokus kepada produk tempatan.
  • Kedua, yang fokus kepada produk antarabangsa.

Untuk menjadi personal shopper yang berjaya, anda juga perlu mahir membuat promosi dan menawarkan perkhidmatan melalui media sosial seperti Instagram, Facebook dan Youtube.

 

Perkongsian Seorang Personal Shopper Malaysia Yang Berjaya

 

rafidah personal shopper


Rafidah, 28, merupakan personal shopper Malaysia yang mempunyai lebih daripada 82,000 pengikut di Facebook Page Branded Handbags by Rafidah.

Beliau baru berusia 28 tahun dan sedang menetap di Kanada sejak empat tahun lalu.

Sebelum memulakan kerjaya ini secara serius, Rafidah merupakan seorang software testerfreelance translator dalam masa yang sama menjadi personal shopper secara tidak langsung.

Beliau pada mulanya mengambil tempahan dari rakan-rakan di Malaysia dalam kuantiti yang sedikit. Kemudia beliau membuat promosi barangan jualannya menerusi akaun Facebook peribadi.

Hasratnya yang mahu memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barangan berjenama dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Rafidah kini menjual pelbagai barangan berjenama seperti Coach, Micheal Kors, Kate Spade, Pyrex, Corningware, Longchamp, Loius Vuitton , Gucci , Prada dan lain-lain lagi.

Tidak lokek berkongsi pengalaman sebagai personal shopper Malaysia, Rafidah turut berkongsi beberapa tips penting buat anda yang berminat dengan kerjaya ini. Jom baca!

 

beg coach malaysia

 

Minat untuk berniaga

Elemen ini perlu ada bagi setiap personal shopper kerana perniagaan memerlukan komunikasi. Kegagalan untuk tackle soalan pelanggan mungkin akan menyebabkan mereka hilang minat dengan perkhidmatan anda.

Pelanggan anda mungkin seorang stranger yang berkunjung ke page atau akaun laman sosial anda. Maka, layan mereka dengan sebaik-baiknya.


Platform perniagaan

Jangan campur-adukkan akaun peribadi dengan perniagaan anda. Ini akan menyebabkan pelanggan berasa keliru dan bosan. Cipta akaun Instagram atau laman (page) Facebook yang khusus untuk perkhidmatan dan produk anda.


Jadi kreatif

Anda mungkin akan berjumpa lebih dari 5 akaun yang menawarkan perkhidmatan yang serupa seperti anda. Jadi anda perlu kreatif dalam merencana strategi pemasaran dan promosi supaya pelanggan lebih tertarik dengan perkhidmatan anda.

Rajin-rajinlah kongsi demonstrasi barangan, review produk atau video trip belah-belah anda supaya pelanggan berasa teruja.


personal shopper malaysia

 

Jujur berniaga

Jaga kepercayaan pelanggan adalah penting. Bukan mudah untuk seseorang pembeli menyerahkan sejumlah wang dari gaji atau simpanannya bagi membelanjakan sesuatu barangan, apatah lagi menerusi seseorang bergelar personal shopper.

Apabila anda bersikap jujur dan menjaga kepercayaan pelanggan, mereka pasti akan menggunakan khidmat anda di masa akan datang.

Paling tidak mereka akan mempromosikan khidmat yang anda tawarkan kepada keluarga dan rakan-rakan.

Jujur – bukan sahaja terhadap pelanggan, malah jujur dalam meniagakan barangan anda. Contohnya, jika anda memberitahu pelanggan anda menjual barangan kulit original, jangan pula pesanan yang mereka terima nanti barangan kulit campuran. Jangan tipu pelanggan ya!


Sentiasa berusaha

Personal shopper perlu sentiasa tampil dengan idea-idea segar dan menarik untuk mengembangkan perkhidmatannya. Jangan takut untuk melakukan perubahan!


Bertanggungjawab

Jika pelanggan tidak berpuas hati atau mengadu tentang perkhidmatan anda, layani mereka sebaik-baiknya.

Sebagai contoh, jika proses penghantaran barangan mengambil sedikit lama, maklumkan kepada mereka atau jika tawar pulangkan semula duit mereka jika tidak mahu menunggu.

Kejayaan pastinya tidak datang bergolek. Namun masih tidak terlambat untuk anda mencuba, kan? Jika anda mahu menjadi personal shopper yang berjaya, ambil tips daripada Rafidah sebagai permulaan kerjaya anda.

Kesemua barangan yang dijual adalah tulen dan dibeli terus daripada outlet & butik di Amerika Syarikat & di benua Eropah (Perancis & Itali)

Masih tidak terlambat untuk beraya dengan bergaya! Tempah sekarang di website melalui Whatsapp di talian 0182338566 atau email kepada mysupport@sellection.com.