This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5500++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

micheal kors malaysia

Jenama Michael Kors Untuk Wanita Yang Sukakannya

Peminat jenama Michael Kors di Malaysia boleh mendapatkan rangkaian koleksi beg tangan terunggul di sini.

Beg tangan menjadi antara aksesori wajib untuk setiap wanita sama ada untuk ke pejabat atau acara santai. Beg tangan Michael Kors merupakan pilihan ramai wanita yang mementingkan gaya dan kesempurnaan.

Di sini kami kongsikan 10 fakta menarik mengenai pemilik Micheal Kors - jenama ternama yang sering menjadi pilihan selebriti antarabangsa ini.

 

micheal kors

1. Nama sebenar pemiliknya adalah Karl Anderson, Jr dilahirkan di Long Island, New York dan merupakan anak kepada Joan Kors dan Karl Anderson.

Kedua-dua ibu bapanya kemudiannya bercerai dan ibunya berkahwin dengan Bill Kors selepas Karl berusia lima tahun. Nama keluarga itu ditukar kepada Kors.

2. Kors mencipta dan melancarkan koleksi pakaian wanita pertama pada tahun 1981 selepas mengambil keputusan berhenti belajar di Fashion Institute if Technology.

Koleksinya berjaya dijual di butik mewah dan eksklusif di Saks dan Bergdorf Goodman.

3. Sehingga kini, Michael Kors mempunyai lebih dari 530 buah cawangan butik di seluruh dunia. Butik pertamanya beroperasi di New York dan turut mempunyai ibu pejabat di Hong Kong.

4. Pernah menjadi salah seorang hakim bagi rancangan fesyen popular, Project Runway bersama nama-nama besar industri fesyen antarabangsa yang lain.

5. Pada tahun 1993, Kors diisytiharkan muflis selepas pelabur dari Itali turut jatuh muflis.

6. Ketika berusia 50 tahun pada tahun 2010, Kors diumumkan sebagai penerima Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Majlis pereka Fesyen Amerika, sekaligus tampil sebagai orang termuda yang menerima anugerah itu.

7. Koleksi pakaian dan aksesori Michael Kors sentiasa digemari dan digayakan oleh selebriti ternama seperti Naomi Campbell, Cameron Diaz, Jennifer Lopez, Heidi Klum dan Sandra Bullock.

8. Antara yang menjadi pilihan wanita Malaysia bagi jenama ini adalah gelang, beg tangan, jam tangan dan kasut kerana rekaan yang bersesuaian dengan semua peringkat umur dan harganya yang berpatutan.

9. Micheal Kors di Malaysia mempunyai perjanjian perlesenan dengan peruncit barangan mewah iaitu Valiram Group.

10. Micheal Kors Malaysia boleh didapati di 1 Utama dan Pavilion.

Peminat Micheal Kors Malaysia juga boleh mendapatkan rangkaian koleksi terbaru dan menarik dari jenama ini di Sellection.com.

Kesemua barangannya adalah original yang dibeli terus dari Outlet dan Butik di Amerika Syarikat.


Hari ini ramai wanita gemar membeli-belah secara dalam talian (online). Hal ini berlaku kerana lebih memudahkan si pembeli, tidak memakan masa dan lebih selesa.

Waktu penghantaran pesanan juga tidak mengambil tempoh sehingga berhari-hari.

Tidak keterlaluan jika dikatakan setiap wanita harus memiliki lebih dari tiga beg tangan untuk kegunaan harian, pejabat atau majlis formal.

Perlu ingat, pemakaian beg tangan juga mencerminkan peribadi si pemakainya.

Penggayaan beg tangan untuk menghadiri majlis-majlis formal contohnya jamuan makan malam juga memainkan peranan penting untuk wanita.

 

 

Dengan harga RM1200, koleksi Emilia Satchel bersifat bebas dan praktikal kerana boleh memuatkan pelbagai barangan di dalamnya. Mempunyai ruang yang luas dan 3 compartment. Rona warna Merah akan lagi menyerlahkan gaya anda untuk tampil lebih berani.

 

 Michael Kors Joan Large Slouchy in Evergreen with Scallop Trimming Snake Printed memang sesuai buat anda yang menjalani kehidupan yang sibuk. Saiz handbag yang besar sesuai untuk anda isi pelbagai barang.

Sellection.com merupakan hub menjual barangan berjenama antarabangsa, seperti Michael Kors dengan harga yang berpatutan dan dijamin tulen. Berikut adalah koleksi lain yang ada dan banyak lagi rekaan yang boleh anda miliki!



 

 

 

Lihat lebih banyak lagi koleksi beg tangan Micheal Kors Malaysia di sini atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan pre-order.