This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5500++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

jam tangan lelaki

Kenali Beberapa Jenama Jam Tangan Yang Harus Dimiliki Oleh Lelaki

Jam tangan dan lelaki tidak dapat dipisahkan. Ianya bukan sekadar aksesori yang melengkapkan fesyen anda. Ketahui beberapa jenama jam tangan lelaki yang popular masakini.

Jam tangan menggambarkan personaliti dan identiti bagi setiap lelaki tidak kira pada golongan muda mahupun tua. Pemilihan aksesori tambahan pada seorang lelaki seperti jam tangan ini boleh membuatkan anda kelihatan bergaya.

Kini begitu banyak jam tangan mudah diperolehi dari yang murah sehingga mahal. Pada zaman teknologi serba canggih pada hari ini tidak hairanlah jika syarikat-syarikat elektronik seperti Apple, Samsung dan lain-lain mengeluarkan jam tangan jenama sendiri.

Namun begitu, tahukah anda apakah jenama jam tangan yang menjadikan anda seorang lelaki maskulin?

Dengan jenama jam tangan yang hebat dan reka bentuk yang menarik, orang ramai di luar sana akan menilai anda sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti yang hebat.

Sebelum anda membeli sebentuk jam tangan, anda haruslah mengenali sejarah dan pengasas bagi setiap jenama jam tangan yang unggul ini.

 

1. Fossil

Jika anda inginkan jam tangan berjenama yang berkualiti tinggi, Fossil merupakan pilihan terbaik.

Diasaskan sejak tahun 1984, Fossil menawarkan koleksi jam tangan yang berbagai rekaan serta dihasilkan dengan bahan yang berkualiti tinggi.

Jam tangan berjenama Fossil ini sesuai dipakai harian, atau ketika majlis formal. Selain itu, ia juga boleh dijadikan hadiah kepada orang yang tersayang.

 

jam tangan lelaki fossil

Jam tangan Fossil yang penuh bergaya dan berkualiti tinggi

 


2. Michael Kors

Jenama ini sering dikenali di kalangan wanita kerana beg tangan keluarannya diminati ramai. Pengasasnya, Michael Kors, merupakan pereka fesyen Amerika yang terkenal dengan kemunculannya dalam program TV, “Project Runaway”.

Koleksi jam tangan lelaki Michael Kors merupakan keluaran jam tangan yang canggih dan sporty. Ianya sangat sesuai bagi anda yang mementingkan gaya dan penampilan.

Terbaru, Michael Kors baru sahaja melancarkan koleksi smartwatch yang boleh dipadankan dengan gajet anda.

 

Jam tangan berjenama antarabangsa daripada Michael Kors

 


3. Rolex

Rolex adalah satu jenama jam tangan yang terunggul di dunia malah ramai ahli korporat mengenakan jenama ini dalam majlis-majlis rasmi.

Pengasas kepada jenama jam tangan mewah ini ialah Hans Wilsdorf dan Alfred Davis. Mula beroperasi di London, England pada tahun 1905.

Pada November tahun 2018 ini, Rolex adalah antara 10 jenama jam tangan mewah yang termahal di dunia.



Sekali pandang sahaja jenama jam tangan ini kelihatan mewah, mahal dan istimewa

 


4. Seiko

Siapa sangka negara dari matahari terbit ini bukan sahaja hebat dalam teknologi dan automotif malah telah mengeluarkan jenama jam tangan sendiri iaitu Seiko. Jenama ini telah diiktiraf dunia dan menjadi lambang maskulin bagi setiap lelaki yang memakainya.

Ianya diasaskan di Tokyo, Jepun pada tahun 1881 di Tokyo, Jepun pengasasnya Kintaro Hattori, di mana beliau telah membuka kedai jam tangan yang dipanggil K.Hattori.

Tahukah anda bahawa Seiko membawa maksud ‘indah dan kejayaan’ kepada pemakainya? Anda akan akan tampak seperti orang yang berjaya dan nampak segak dan menarik.


Elegen, moden dan penuh adalah jenama jam tangan Seiko

 

 

5. Tissot

Tissot adalah salah satu jenama jam tangan lelaki yang terunggul pada masa kini. Dengan harga yang mampu milik dan rekaan elegen, jam tangan ini boleh dipakai untuk kegunaan harian ke mana sahaja.

Jenama jam tangan Tissot ini telah diasaskan oleh Charles-Félicien Tissot dan anaknya Charles-Émile Tissot di Swiss City, Switzerland.

Salah satu pencapaian membanggakan daripada jenama jam tangan ini ialah bekerjasama dengan selebriti, pemain bola keranjang, pelakon, pemain kriket, dan pelumba MotoGP untuk menjadi duta jenama mereka.

 


Jenama jam tangan yang “simple” dan mudah digayakan

 

6. Casio

    Pernah dengar jam tangan G-Shock? Ini adalah salah satu jam tangan dari jenama Casio yang telah meletup di pasaran dunia termasuklah di Malaysia.

    Bukan sahaja G-Shock pelbagai lagi jenama dari Casio yang ada di pasaran, Ia menjadi kegemaran golongan muda kerana keunikan, fungsi dan kegunaan jam tangan ini yang tersendiri.

    Seperti juga Seiko, Casio berasal dari Jepun dan diasaskan pada tahun 1946 oleh Tadao Kashio.



    Jenama jam tangan yang stail dan moden

     

     

    7. Tag Heuer

      Sekiranya anda sedang mencari jam tangan lelaki berjenama dengan reka bentuk klasik, moden dan mewah, Tag Heuer adalah pilihan untuk anda.

      Dengan pengalaman hampir 100 sebagai jenama jam tangan terkemuka di dunia, tidak hairanlah orang menjadikan Tag Heuer sebagai koleksi jam tangan utama.

      Diasaskan di Switzerland, Tag Heuer pernah menjadi jenama jam tangan mewah yang terunggul pada tahun 1990-an.

       

      Jam tangan Tag Heuer menyerlahkan ciri-ciri maskulin dan asli.




      Pemakaian jam tangan berjenama ibarat memakai berlian yang bersinar megah. Ia juga melambangkan status dan identiti si pemakainya.

      Terpulang kepada anda untuk memilih jenama jam tangan yang menepati cita rasa anda. Samada untuk kerjaya mahupun untuk majlis-majlis rasmi, jam tangan kini bukan sekadar aksesori tetapi lambang ketrampilan seorang lelaki.

      Sekiranya anda sedang mencari jenama jam tangan yang sesuai, terdapat koleksi jam tangan berjenama dengan kualiti terbaik dan harga yang berpatutan yang boleh pilih. Anda juga boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan pre-order.