This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 7000++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

beg tangan wanita

Keliru Jenis dan Fungsi Beg Tangan Wanita? Ikuti Panduan Ini

Tak tahu nak pakai beg tangan apa untuk keluar berjumpa orang nanti? Di sini kami jelaskan fungsi dan jenis beg tangan wanita yang anda perlu ketahui.


Perasan tak ramai wanita gemar
‘sumbat’ macam-macam barang dalam beg tangan mereka?


Tak kiralah sama ada kunci rumah dan kunci kereta, beg
make-up, dompet dan resit-resit lama, semua barang mahu dimasukkan. Kalau yang ada anak kecil pula, pampers dan mainan anak pun turut sama diletak di dalam satu beg. Tak percaya? Cuba check bag anda atau rakan anda sekarang.


Harus diketahui bahawa beg tangan adalah pelengkap gaya yang
basic, sama ada untuk ke pejabat, pasaraya atau dating hujung minggu. Oleh itu, wanita perlu tahu jenis, rekaan dan fungsi beg tangan supaya boleh disesuaikan dengan majlis dan keadaan yang berbeza.


Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa jenis dan fungsi beg tangan untuk membantu anda memilih beg tangan yang sesuai dengan keperluan anda.

 

Tote Bag

 

 

Jika ada temu janji dengan teman atau mahu pergi ’shopping’ di hujung minggu, tote bag adalah pelengkap gaya buat wanita. Sifatnya yang bebas dan mempunyai ruang yang besar serta praktikal, menjadikan ramai wanita menggemarinya sebagai beg ke pejabat supaya pelbagai barangan boleh diletakkan di dalamnya.




Sling Bag (Beg Silang)

 

 

Boleh dikatakan fesyen wanita muda hari ini. Saiznya yang kecil menyerlahkan gaya minimalis kepada si pemakai. Ia boleh digunakan sama ada dengan tali panjang atau pendek, bergantung kepada stail si pemakai.



Hobo Bag

 

 

Beg tangan stail ini menggunakan satu tali untuk disangkut pada bahu. Beg Hobo tidak berstruktur, lembut dan terbungkus apabila dipakai. Sesuai bagi wanita yang gemarkan gaya yang simple dan estetik.




Clutch Bag

 

 

Beg ini biasanya digayakan untuk majlis-majlis formal dan glamor. Ia dilengkapi dengan juraian manik atau tatahan batu. Ia tidak bertali dan selesa untuk dipegang.


Untuk gaya santai, rekaan clutch lebih santai dan bebas perincian. Anda boleh menempah beg klac melalui personal shopper barangan berjenama yang original.




Bucket Bag

 

 

Saiz beg tangan ini lebih panjang dari beg-beg yang lain dan menyerupai bentuk uncang.

Ia tidak mempunyai zip dan hanya mempunyai satu tali panjang untuk diselaras mengikut kesesuaian untuk digalas pada bahu.

Beg ini sesuai untuk acara santai atau digayakan untuk ke kolej dan pejabat.




Satchel Bag

 

 

Anda tak perlu lagi memenatkan bahu dengan adanya model satchel bag! Amat sesuai untuk wanita yang bekerjaya.  

Ia adalah model beg tangan yang dijinjit dan sering diletakkan di lengan. Satchel bag menampakkan gaya elegen si pemakainya. Kini, satchel bag sering disediakan dengan tali silang untuk dijadikan crossbody.




Baguette Bag

 

 

Seperti nama roti Perancis yang bersaiz panjang dan nipis, begitulah rupa beg tangan ini. Bersaiz kompak dengan tali pendek. Sesuai untuk digayakan di majlis-majlis formal.




Fanny Bag

 

 

Untuk anda yang mahu bergaya tetapi tetap mahu kelihatan simple, fanny bag adalah jawapannya. Jadikan ia sebahagian koleksi anda yang unik daripada gaya beg tangan biasa.

Ha, lepas ni jangan pakai satu beg tangan yang sama untuk majlis formal dan santai. Pelbagaikan gaya anda, tak salah pun melabur sedikit duit supaya anda kelihatan bergaya dengan trend semasa.


Sekiranya anda sedang mencari beg tangan wanita berjenama dengan harga yang berpatutan, anda boleh lihat koleksi beg tangan wanita kami atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan pre-order.