This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 6200++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

COACH handbag

Fesyen tips: Tampil berkeyakinan bersama COACH

 

 


COACH Handbag

Coach Lonnie Baguette in Signature Jacquard Silver Green 

 

     Disebabkan lebih dua tahun kita berada di fasa pandemik, ramai penggemar fesyen tidak dapat untuk bergaya dan beraksi dengan pakaian dan beg tangan cantik milik mereka. Ada yang berasa bosan kerana terpaksa berkurung dirumah dan pergerakan sangat terbatas. Syukurlah pada awal tahun 2022, situasi di Malaysia semakin baik dan perintah kawalan pergerakan juga sudah dimansuhkan.

Mengambil peluang daripada fasa endemik, rakyat Malaysia sangat seronok kerana pergerakan mula bebas, dine-in dibenarkan, shopping mall sudah mulai sesak, ada yang merancang pulang ke kampung dan juga bercuti.

 

   "Sekarang orang ramai dah boleh travel, jadi saya mahu berkongsi tentang cara nak menggayakan handbags daripada jenama Coach" - Maam Rafidah


Baru-baru ini Maam Rafidah serta #TeamSellection telah keluar untuk sesi photoshoot di "Ruma Puteh" yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Tujuan #TeamSellection mengadakan photoshoot adalah untuk membangkitkan semangat dan keyakinan para penggemar fesyen khususnya #SistersdiMalaysia untuk bergaya tidak kira dimana jua mereka berada. Sellection pastinya ingin memberikan tips fesyen menarik kepada para pelanggan serta membantu untuk memilih beg tangan yang sesuai dengan outfit.

Ruma Puteh adalah antara cafe yang terkenal di Kuala Lumpur dan merupakan 'instagramable spot”. Hanya 15 minit dari Butik Sellection, bagi yang sukakan dekorasi cafe yang cantik, romantik serta suasana yang nyaman dan kehijauan, bolehlah datang ke sini. 

 

 

Kawasan Ruma Puteh (eatdrinkkl.com)

 

 

Kawasan Ruma Puteh (eatdrinkkl.com)

 

 

Kawasan Ruma Puteh (eatdrinkkl.com)

       Bertemakan “elegance fashion in photography”, sesi photoshoot ini sesuai diadakan di “Ruma Puteh” kerana latar belakang yang berwarna "pop" serta pelbagai dekorasi yang minimal dan eksklusif. Seiring dengan konsep "high fashion" , gabungan warna baju dan beg tangan menyerlahkan penampilan Madam Rafidah yang tampil confident dan berani. Koleksi handbag yang diperagakan ialah rekaan terbaru daripada jenama Coach dan Michael Kors, iaitu handbags Lonnie Baguatte, Kleo Shoulder, Rowan file bag, Gallery Tote, dan Kristy Shoulder.

 

 

 Coach Gallery Tote in Tafyy Gold Hardware

Coach Kleo Shoulder Bag 17 in Marble Blue Multi

 

Rowan Coach file bag in Signature Khaki Bold Pink

 

 

Coach Kristy Shoulder Bag In Taupe

 

  

“Saya nampak Coach sangat diminati oleh orang Malaysia. Coach sering berevolusi ikut trend. Sekarang Coach melangkaui usia dan semua orang boleh pakai. Rekaan Coach ni boleh digayakan oleh wanita dan lelaki yang berumur 20 tahun sehingga 60 tahun” – Maam Rafidah


 

      Seperti yang dikatakan oleh Maam Rafidah, rekaan Coach sentiasa berubah dan menepati citarasa pengguna daripada dulu sehingga kini. Tidak hairan kalau ianya masih diminati oleh para penggemar beg tangan kerana rekaannya yang pelbagai dan sesuai bagi setiap peringkat umur. Seperti contoh, Coach Rowan file bag yang merupakan salah satu daripada koleksi klasik yang menjadi kegemaran para penggemar fesyen sehingga hari ini. Berkonsepkan "File Bag", ianya mempunyai bentuk empat segi dan nipis. Oleh itu, tidak menjadi masalah bagi orang berumur untuk memakai Coach Rowan File Bag ini kerana ianya sangat ringan dibawa dan mempunyai compartment yang luas. Pastinya memberikan kemudahan kepada mereka untuk meletakkan barang peribadi mereka. Perlu diingat bahawa selain menggayakan beg tangan untuk nampak elegan, perkara paling penting sekali ialah keselesaan yang optimum dan praktikal kepada si pemakai.

 

Tiga tips yang dikongsi oleh Madam Rafidah supaya sentiasa berketerampilan apabila menggayakan handbags Rowan File Bag Coach

 

 

Penggayaan bersama Rowan Coach file bag in Signature Khaki Chalk

 

  • Terdapat dua cara pemakaian sama ada silang tepi (cross body) atau dibahagian sisi badan. Ianya bergantung kepada keselesaan si pemakai.

 

  • Apabila memakai Rowan file bag, pastikan ianya tidak terlalu labuh kebawah. Kepanjangan tali kalau boleh sehingga bahagian pinggul si pemakai.

 

  • Kerana beg tangan ini jenis slim, elakkan daripada meletak banyak barang sehingga terlampau kembung. Pastikan ia kelihatan kemas apabila digayakan.

     

    “Saya beli Rowan file bag ni untuk pakaian harian. Disebabkan ianya berkonsep slim, jadi ia sangat ringan untuk saya yang sudah berumur. Ia juga memudahkan saya kerana hanya ada satu zip tapi compartment dalam sangat luas” – Pelanggan Sellection

     

    Customer

    Pelanggan Sellection yang membeli Rowan Coach file bag

     

         Setakat ini sahaja perkongsian berkenaan dengan tips bergaya Coach Rowan File Bag. Macam mana? ada yang berminat ke untuk menggunakan Rowan Coach File Bag ni. Jangan risau, anda yang berkeinginan untuk mendapatkan beg tangan ini boleh membeli secara online atau hadir ke butik Sellection di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Pembaca juga boleh melayari website rasmi sellection.com untuk melihat barangan seperti handbags, jam tangan, tali pinggang dan banyak lagi yang disediakan dengan pelbagai reka bentuk yang semestinya akan menambat hati semua.