This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5500++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

tory burch malaysia

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Shopping Beg dan Kasut Tory Burch Malaysia

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang Tory Burch Malaysia.

    Sekiranya anda ingin mengetahui tentang jenama Tory Burch di Malaysia yang berkualiti dan terkini, anda berada di tempat yang betul.

    Teruskan membaca sehingga tamat.

     

    koleksi tory burch malaysia

     

    Fesyen dan kehidupan manusia saling berkait rapat, malah ia telah wujud sejak ribuan tahun dahulu.

    Evolusi dengan evolusi dalam dunia fesyen telah menghasilkan apa yang kita sedang lihat pada hari ini.

    Antara lelaki dan wanita, golongan wanita adalah paling gemar dengan fesyen.

    Oleh kerana itu fesyen wanita sentiasa relevan kerana permintaan yang semakin tinggi.


    wanita dan fesyen
    Hari ini, terdapat banyak jenama mewah di pasaran yang menawarkan pilihan beg tangan, kasut dan aksesori pelengkap gaya individu.

    Ada wanita yang sanggup mengumpul wang untuk memiliki barangan berjenama kerana dianggap sebagai suatu kepuasan peribadi.

    Tory Burch, antara jenama mewah yang seringkali menjadi kegemaran wanita bekerjaya yang mementingkan kualiti dan gaya.

    Kenali Jenama Tory Burch

    tory burch
    Mempunyai rangkaian barangan sedia ada (ready to wear), beg tangan, kasut, aksesori, , jam tangan dan wangian, mungkin ramai yang tidak tahu jenama ini diasaskan oleh seorang wanita!

    Tory Robinson, merupakan seorang pereka fesyen Amerika Syarikat dan usahawan terkenal malah disenarai sebagai 73rd most powerful woman in the world oleh majalah Forbes pada tahun 2015.

    Label fesyen ini mula wujud dalam industri fesyen pada tahun 2004 sebagai TRB by Tory Burch di bandar Manhattan.

    Sehingga 2018, Tory Burch berkembang sehingga mempunyai 250 butik seluruh negara.

    Sambutan dari orang ramai terhadap jenama ini membolehkan ia menghasilkan pula koleksi pakaian sukan, Tory Sport.

     

    Tory Burch di Pavilion Kuala Lumpur

    butik tory burch Malaysia

    Sebagaimana jenama-jenama mewah yang lain, Tory Burch juga menjaga ke-eksklusifan jenamanya.

    Pencinta fesyen mewah dan eksklusif boleh mendapatkan koleksi terbaru Tory Burch sama ada di :

    Pavilion Kuala Lumpur

    Suria KLCC

    The Gardens Mall

    Koleksi Tory Burch juga boleh didapati di Genting SkyAvenue, Gurney Paragon dan Imago Shopping Mall.

    Tory Burch Handbags


    Beg tangan merupakan keperluan wajib bagi setiap wanita, sama ada untuk ke pejabat, membeli-belah atau menghadiri majlis-majlis rasmi.

    Hidup umpama tidak lengkap jika tiada beg tangan kerana kegunaannya untuk mengisi barangan peribadi.

    Para wanita yang sentiasa up to date dengan fesyen semasa boleh mendapat koleksi Tory Burch di Malaysia di sini.
    • Beg Tote

    tory burch tote

     

    Tory Burch tampil dengan rekaan beg dengan saiz yang agak besar dan lebar, yang mana ia sesuai untuk kegunaan harian ke pejabat untuk mengisi buku dan laptop, mahu pun buat ibu untuk mengisi barang keperluan anak.

     

    • Clutch
    tory burch clutch

     

    Bagi anda yang ingin tampil dengan gaya santai, ada pelbagai koleksi clutch dari Tory Burch.

     

    • Beg Silang
    tory burch cross body

     

    Untuk gaya ringkas hujung minggu, anda boleh mendapatkan koleksi cross body Tory Burch yang pasti menyerlahkan selera fesyen anda.

    • Satchel
    tory burch satchel

     

    Tory Burch Satchel boleh digayakan sama ada dengan dijinjit atau diletak pada lengan, mengikut keselesaan anda.

    Ramai menggemari beg tangan satchel kerana mudah digayakan tanpa mengira tempat dan masa.

    Ada pelbagai lagi koleksi beg tangan Tory Burch Malaysia yang anda boleh dapati di Sellection.

    Jualan sempena #MERDEKA2019 masih lagi berlangsung di mana anda boleh membuat tempahan menerusi laman sesawang Sellection.

    Atau anda juga boleh menghantar pilihan beg tangan Tory Burch beserta butiran peribadi dan pembayaran sama ada menerusi FB Messenger, Whatsapp atau email.

    Kesemua tempahan boleh diperolehi selewat-lewatnya pada hujung Ogos ini.

    Tory Burch Shoes


    Setiap wanita pasti memiliki lebih dari tiga pasang kasut, kan? Sama ada jenis high heels, flat atau sandal sarung.

    Koleksi kasut Tory Burch juga tidak terkecuali dalam fesyen dan gaya semasa wanita hari ini.
    • Mules

    tory burch mules

     

    Sama ada bertapak atau flat, kasut ini amat selesa dipakai dan amat sesuai dipadankan dengan pakaian semi-formal.

     

    • Ballerina Flat
    tory burch ballerina

     

    Koleksi kasut tanpa tumit Tory Burch menjanjikan keselesaan kepada si pemakainya.

    • Wedges Pump
    tory burch wedges pump

     

    Ramai wanita gemar memakai kasut dari jenis ini untuk disesuaikan dengan pakaian jenis seluar atau skirt potongan pendek.

    • Pumps

    tory burch pump
    Koleksi pumps Tory Burch tidak kurang hebatnya dengan pilihan warna-warna yang menarik, sesuai digayakan untuk ke pejabat.



    Sekiranya anda sedang mencari koleksi kasut dan beg tangan berjenama mewah dan berkualiti tinggi, Sellection menawarkan pelbagai pilihan jenama antarabangsa.

    Kesemua barangan di Sellection dibeli terus di Amerika Syarikat, Kanada dan benua Eropah. Ianya original dan pastinya anda tidak perlu berasa was-was untuk membeli-belah dengan kami.

    Bagi memastikan setiap orang mampu merasa dan memiliki barangan berjenama, Sellection juga menjual barangannya dengan harga berpatutan dan mampu milik.

     

    Sellection wujud secara tidak langsung selepas pemilik syarikat ini, Puan Rafidah mula menjinakkan diri sebagai personal shopper, selain merupakan seorang software tester dan translator di Kanada sejak empat tahun lalu.