This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 7000++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

jam tangan wanita

12 Jam Tangan Mewah Untuk Wanita - Yang Mana Satu Anda Mahu?

Bagi wanita yang menjaga penampilan, jam tangan merupakan aksesori penting yang perlu ada. Ketahui 12 jam tangan wanita yang berprestij dan dikenali serata dunia.


Bagi wanita yang menjaga penampilan, jam tangan wanita merupakan aksesori penting yang perlu ada. Ia bukan sekadar dipakai, jam tangan juga menjadi daya tarik menerusi reka bentuknya. Maka tidak hairanlah jika ramai wanita kini menjadikan jam tangan sebagai koleksi peribadi. 


Jam tangan juga boleh mencecah sehingga ribuan dan jutaan ringgit, malah bagi mereka yang menyukai jenama antarabangsa akan menganggap label antarabangsa amat penting dan menjadi satu kepuasan. Ia sekaligus mencerminkan personaliti dan penampilan si pemakai.


Jom kita ‘cuci mata’ jenama jam tangan mewah yang digilai oleh kaum wanita.

 

1. Swarovski

swarovski jam tangan wanita

 

Tambahkan sentuhan berkilau dengan jam tangan Swarovski yang bergaya ini. Ia didatangkan di dalam bentuk bujur yang inovatif dan elegan.

Dengan kasing keluli tahan karat dengan saduran salutan kuning emas serta kristal dalam cincin, Swarovski menyerlahkan tona kemewahan kepada pemakainya. Tali jam tangannya diperbuat daripada keluli tahan karat bersadur emas kekuningan membuatkan ramai mata memandangnya!

 

2. Michael Kors

 

 

Bagi wanita yang sukakan gaya glamor dengan jam tangan berjenama, Michael Kors adalah jawapannya. Rekaan yang trendy dan bergaya untuk wanita metropolitan. 

 

3. Hublot Big Bang

 

 

Tarikan utama jam jenama mahal ini adalah ukiran berlian 1280 karat. Malah harganya sahaja US$ 5 juta atau bersamaan dengan lebih RM20 juta!

 

4. Patek Philippe 

Jenama jam tangan dari Swiss ini secara konsisten menghasilkan rekaan jam yang dilengkapi dengan kalendar, bulan, waktu dunia dan waktu semasa.

Di antara model jam Patek Philippe yang tercanggih adalah model Patek Philippe Ladies Complicated Watch model 4937G.

 

 

Jam tangan ini tampil dengan emas putih 18 karat dan kulit buaya berwarna putih membaluti bahagian tali.

Unsur mewah jam ini pula terletak pada ‘casing’ hadapan yang dibuat menggunakan 445 berlian, ‘casing’ belakang menggunakan kristal ‘sapphire’ manakala ‘buckle set’ dengan 27 berlian. Ia juga tahan dalam air sehingga 30 meter.

 

5. Cartier Pasha 

Siapa tidak kenal dengan jenama barang kemas Cartier yang sering hadir dengan selera mewah dan ekstravaganza?  

Rekaannya sentiasa bertakhtakan berlian, kristal dan batu mewah yang lain sekaligus menjadikan penampilan seseorang itu elegan dan bergaya.

 

 

 

Cartier Pasha De Cartier Small Model Watch didatangkan dengan ‘casing’nya berbentuk bulat dengan emas putih 18 karat, dan bahagian belakang pula dari bahan kristal ‘sapphire’.

  

6. Cartier Tank Americaine 

Dengan rupa yang glamor, siri jam tangan wanita Cartier ini tampil dengan ‘casing’ di hadapan dan belakangnya berbentuk segi empat tepat dengan material yang bertatahkan emas.

 

 

Tanpa tambahan aksesori yang lain, jam tangan Cartier ini sudah cukup melengkapkan gaya anda sama ada ke pejabat atau bersantai!

 

7. Fossil Ladies Automatic Stainless in Rose Gold Tone Skeleton Watch

 

 

Melihatkan reka bentuknya yang mewah dan elegan, jam tangan Fossil ini dilengkapi dengan 21 butir permata yang berkilauan.

Setiap inci jam tangan ini direkakhas dengan penuh perincian dan ketelitian untuk wanita moden yang bercita-cita tinggi dan mencipta kejayaan di dalam karier.

 

8. Chopard 201-Carat Watch

 

 

Pemakaian jam tangan dengan jenama tertentu juga menunjukkan kelas sosial tertentu. Chopard dikenali oleh pengikut fesyen semasa kerana kehandalan perekanya menggabungkan ‘precious stones’ seperti ‘sapphire’, ‘ruby’ dan berlian dalam sesuatu rekaan.

Rekaan jam tangan wanita yang ini dihasilkan dengan gabungan 874 permata. Sangat mewah!

 

9. Cartier La Dona Watch

 

 

Jenama ini sering menjadi pilihan selebriti dan fashionista seluruh dunia. Mana tidaknya, rekaan ada kelas tersendiri dan menonjolkan sisi mewah di pemakainya.

Hadir dengan empat pilihan warna (emas, perak, merah dan merah jambu), Cartier La Dona diperbuat dari emas putih 18 karat dan dilengkapi dengan gelang emas putih, manakala ‘casing’ berbentuk segi empat sama digilap dengan material emas kuning 18 karat.

 

10. Graff Diamond The Fascination

 

 

Jam tangan wanita ini diperbuat dari 152,96 karat berlian putih dengan bahagian tengahnya pula merupakan potongan berlian mewah 38 karat dengan bentuk buah pear.

 

11. Swarovski City Pink Mother of Pearl Dial Steel Ladies Watch

 

 

Set bezel keluli tahan karat dengan kristal Swarovski membuatkan anda mahu memakai jam tangan ini sentiasa. Warna merah jambu dengan dail mutiara serta penanda jam perak dan kristal menambahkan lagi ciri-ciri kemewahan kepada pemakainya. 

 

12. Coach Women's Watch 

 

 

Anda peminat Coach? Jam tangan buatan jenama ini tampil dengan warna oren untuk kelainan. Dengan material keluli tahan karat, Coach Women's Watch Love Logo Orange Strap adalah khusus untuk wanita yang mahu kelihatan ‘classy’ dan trendy.

 

Demikian adalah 12 jenama jam tangan mewah yang anda boleh miliki. Sekiranya anda sedang mencari jam tangan wanita dengan harga yang berpatutan, anda boleh lihat koleksi jam tangan berjenama kami atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan pre-order.