This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5500++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

VISI DAN TERMA & SYARAT

Klik di sini untuk muat turun taklimat SBP dalam format PDF, atau boleh baca semua taklimat di bawah.


FAQ / Soalan Lazim
 (1) Apa itu Sellection Business Partner?
Sellection Business Partner adalah program di mana Sellection memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan sekali gus membina perniagaan berasaskan barang aksesori fesyen berjenama mewah dibawah jenama SELLECTION®. Anda akan mendapat latihan pemasaran dan penjualan dalam mencapai visi membina perniagaan dibawah naungan SELLECTION®.

(2) Bagaimanakah latihan pemasaran dan penjualan akan diberikan?
Latihan, tips, nasihat, dan teknik-teknik ini diberikan melalui platform Facebook Group khas menggunakan video, penulisan dan gambar infografik ringkas.

(3) Bagaimana ingin menjual barang Sellection?
Anda hanya perlu memasarkan barang-barang yang sah dijual oleh Sellection di platform media sosial khas dan/atau Telegram anda sendiri. Melalui platform ini akan lebih mudah untuk anda mendapat kepercayaan, dan cara yang paling mudah untuk bermula ialah dengan memasarkan kepada kawan, keluarga dan kenalan sekerja.

(4) Apa syarat penyertaan program?
Syarat utama adalah dengan membayar yuran pendaftaran dan anda akan di jemput masuk ke FB Group khas/rahsia Sellection Business Partner. Anda kemudiannya akan disaring dari masa ke semasa sekiranya SOP, KPI jualan dan syarat-syarat lain dipatuhi.

(5) Apa akan terjadi jika KPI jualan tidak tercapai dan syarat-syarat lain tidak dipatuhi?
Anda akan diberi penilaian dan peluang, dan jika masih tidak patuh akan dikeluarkan dari Facebook Group khas SBP dan tiada lagi latihan penjualan dan pemasaran akan diberikan, dan yuran tahunan tidak akan dipulangkan.

(6) Apakah syarat-syarat itu?
Sellection Business Partner akan diberikan semua SOP, KPI, syarat dan perjanjian dalam lampiran yang berlainan. Ahli SBP diberikan peluang sehingga 2 bulan untuk mencapai KPI jualan. Keahlian SBP akan ditamatkan jika masih tidak mencapai KPI pada bulan kedua. Pengecualian akan diberikan kepada SBP yang melakukan semua tindakan Komitmen SBP yang disenaraikan dalam Taklimat SBP