Semua pesanan pre-order yang telah, dan akan, anda buat adalah tertakluk kepada Terma & Syarat di bawah:
Katalog pre-order sempena "Musim Bunga" akan diupload secara berperingkat mengikut jenama.
Pelanggan diyakini telah semak dan faham tentang anggaran waktu barang akan tiba (ETA-Estimated Time of Arrival) untuk setiap pesanan pre-order.
Tarikh ETA untuk Pre-Order Musim Bunga kali ini ialah pada 16 Jun 2025
Tarikh ETA untuk SAS Payday kali ini adalah pada 03 Julai 2025
Tarikh ini adalah anggaran masa terbaik untuk penghantaran tiba ke Malaysia. Walaubagaimanapun, kemungkinan kelewatan boleh berlaku. Anda perlu maklum atas sebarang ketidaktepatan anggaran ETA ini.
Kemungkinan juga akan berlaku kelewatan untuk item pre-order disebabkan pihak kami menunggu harga yang terbaik dari outlet US
Tarikh mula pengeposan barang dari Butik Sellection ialah seminggu selepas tarikh tiba
Oleh kerana tempahan adalah 'pre-order', akan berlaku dimana #TeamSellection gagal untuk membelinya. Kami akan cuba mencari barang tempahan sebaik mungkin dan memaklumkan kepada pelanggan.
Jika stok barang tempahan pre-order masih tiada akibat kehabisan stok, #TeamSellection akan memberi cadangan jenis barang yang seakan sama. Sekiranya barang pilihan masih tidak dapat dibeli, wang bayaran/deposit akan dipulangkan.
Selepas pembayaran dibuat, pertukaran item hanya dibenarkan sekali sahaja (Harga tidak boleh lebih rendah dari harga asal pembelian). Tidak termasuk item Clearance. **Pertukaran berdasarkan “availability product”.
NO REFUND (SELEPAS BAYARAN DITERIMA), KECUALI BARANG TIADA DALAM STOCK.