This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 7000++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

9 Tempat Menarik Di Milan Yang Anda Patut Lawati

9 Tempat Menarik Di Milan Yang Anda Patut Lawati

Ramai orang mahu menjejakkan kaki ke Itali kerana negara ini amat terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah yang masih gah berdiri hingga ke hari ini.

Selain Rom dan Venice, anda harus tahu tempat menarik di bandar Milan yang boleh anda lawati jika bercuti ke Itali.

Teruskan membaca artikel ini jika anda dalam perancangan untuk bercuti ke Itali.

 

Itali, kota penuh sejarah dengan keunikan bangunan dan gaya hidup masyarakatnya yang tidak ada sesiapa dapat sangkal keindahannya.

Sering kali pasangan baru berkahwin memilih negara ini sebagai lokasi honeymoon.

Tidak kurang juga akan memasukkan Itali sebagai senarai negara lawatan dalam jelajah Europe.

Jika Rom dikenali sebagai pusat pemerintahan negara, Venice pula dianggap sebagai kota ajaib, Capri pula menawarkan lokasi percutian di pulau, keindahan bandar Milan juga tidak kurang hebatnya.

Milan merupakan bandar kedua terbesar di Itali, dikenali sebagai pusat industri komersial dan kewangan bagi negara berkenaan.

Bandar ini juga bukan hanya terkenal sebagai rumah bagi dua kelab bola sepak iaitu A.C Milan dan Inter Milan.

Ayuh kita ketahui 9 tempat menarik di Milan yang perlu ada dalam senarai lawatan anda!

 

La Scala Opera House dan Museum

Buat peminat muzik opera, jangan lepaskan peluang berkunjung ke rumah opera yang penuh sejarah di Itali ini. 

La Scala Opera House telah menjadi pentas bagi kebanyakkan artis dan seniman muzik ini dan dianggap sebagai mempunyai kelasnya tersendiri.

Bukan itu sahaja, tempat ini juga mempunyai muzium yang menempatkan pelbagai alatan muzik, lukisan dan patung artis.

 

 

Pinacoteca di Brera

Galeri lukisan Brera merupakan muzium seni yang unggul di Milan dimana ia mempunyai lebih dari 600 karya seni yang berusia dari abad ke-14 hingga abad ke-20.

Anda boleh melihat sendiri karya seni dari artis-artis ternama seperti Pireo della Francesca, Bellini dan Raphael.

 

 

Milan’s Duomo

Dibina pada tahun 1398, gereja ini merupakan gereja Katolik gothic paling besar di dunia!

Tahukah anda gereja ini mengambil masa sehingga 500 tahun untuk ia siap sepenuhnya.

Keunikan gereja ini dapat dilihat dengan binaan 135 puncak menara dan 3,200 patung.

Untuk melawat gereja ini, anda boleh berjalan di dalamnya atau menaiki elevator untuk sampai ke puncak. Anda boleh melihat keindahan bandar Milan dari puncak gereja ini.

 

 

Gereja Santa Maria della Grazie

Merupakan antara gereja tertua di Itali yang dibina pada tahun 1462, sekaligus menjadikan salah satu tempat menarik di Milan yang perlu dikunjungi.

Menariknya tentang lokasi ini adalah ia menempatkan karya seni Leonardo Da Vincci yang diberi nama The Last Supper.

Meskipun gereja ini pernah terkena serpihan bom semasa Perang Dunia Ke-2 dimana ruang makan meletakkan lukisan Da Vincci habis hancur, namun ajaibnya lukisan tersebut selamat tanpa sebarang kerosakan!

Gereka ini disenaraikan sebagai World Heritage Sites oleh UNESCO pada tahun 1980.

 

 

Galleria Vittorio Emanuele II

Untuk pengetahuan anda, lokasi ini merupakan shopping mall pertama di dunia yang dibina pada tahun 1877.

Rekaan dan seni bina bangunan ini kemudiannya menjadi prototaip kepada pusat membeli-belah yang sedia ada pada hari ini.

Galleria mendapat namanya sempena Raja Pertama Itali iaitu Victor Emmanuel II.

Sekiranya anda ingin membeli-belah barangan berjenama dari butik-butik mewah seperti Dior, Channel, Prada dan Louis Vuitton, pastikan anda berkunjung ke sini ya.

 

 

Castello Sforzesco

Milan sememangnya terkenal dengan monumen seni penuh bersejarah, di mana lawatan ke istana lama ini seharusnya tidak boleh dilepaskan.

Dibina menggunakan batu-bata merah dan mempunyai empat menara sudur, Castello Sforzesco sering menjadi pilihan penggambaran filem.

Lukisan bermotif hiasan sayur-sayuran daripada Leonardo da Vincci tersergam indah di siling istana ini. Da Vincci pernah bekerja di istana ini lewat tahun 1490-an.

 

 

Basilica Sant’ Ambrogio

Gereja ini dibina pada abad ke-11, juga menjadikan ia antara gereja paling tua di Itali.

Seni reka dalamannya mengikut gaya Roman dengan dihias patung, ukiran patung dan mozek yang menarik ketika abad itu.

 

 

Naviglio

Berkunjung ke terusan ini merupakan kewajiban buat mereka yang mahu melayan muzik sambil minum kopi di waktu malam.

Pada waktu siang, anda juga boleh melawat butik artis seni dan pelbagai restoran yang menyediakan makanan tempatan yang menarik.

Naviglio juga popular dengan aktiviti dan acara tahunan. Setiap bulan April, terusan ini akan dipenuhi dengan bunga-bungaan segar sempena Festa Di Fiori dan Festa del Naviglio yang turut diselit dengan hiburan dan pameran kraf dan barang antik.

Setiap Jun pula terusan ini akan dihidupkan dengan acara Sagra di San Cristofo iaitu konsert untuk setiap malam Khamis dan Jumaat dan petang Ahad.

 

 

Bergamo

Untuk menikmati pandangan yang menarik, anda boleh melawat lokasi ini dengan dibezakan sebagai sebuah bandar yang lebih tinggi dan satu lagi bandar yang lebih rendah.

Di bandar yang lebih rendah anda boleh menikmati bangunan dengan seni bina abahd ke-18, menjadikan anda seolah-olah berada di zaman dahulu.

Anda boleh melawat muzium di sini untuk mempelajari sejarah Bergamo dan sekitarnya.

 

Ternyata banyak tempat menarik di Milan, sama ada untuk berjalan mengenal sejarah atau membeli-belah.

Membeli-belah di butik-butik mewah di Milan pasti menyeronokkan, terutama bagi golongan wanita.

Jangan risau! Jika tidak berkesempatan berkunjung ke Milan, anda masih boleh membuat tempahan barangan berjenama mewah dengan team Sellection.

 

Team Sellection kini sedang mengadakan tour satu Eropah.

Anda boleh membuat pesanan untuk pelbagai barangan dari jenama Long Champ, Furla, Louis Vuitton, Gucci, Prada, Balenciaga, Chanel, Dior dan koleksi lelaki.

Perincian setiap jenama boleh didapati di sini.

 

Untuk anda yang berminat membuat tempahan barangan seperti beg tangan, kasut atau aksesori, pre-order boleh dilakukan sehingga 30 September ini melalui Whatsapp atau Facebook Branded Handbags by Rafidah.

Anda akan menerima tempahan pada 14 Oktober depan.

Sellection menawarkan pelbagai pilihan barangan daripada jenama antarabangsa dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Setiap barangan juga dijamin asli dan berkualiti tinggi.

Ia diasaskan oleh Puan Rafidah yang bermula sebagai seorang personal shopper, juga seorang software tester dan translator ketika menetap di Kanada sejak empat tahun lalu.