This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5500++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

Handbag Longchamp Malaysia

Koleksi Handbag Longchamp Malaysia Yang Anda Patut Ada

Selain make up, bagi kebanyakan wanita, beg tangan merupakan aksesori wajib yang perlu ada dalam gaya seharian mereka.

 

Sama ada ke pejabat, membeli-belah mahu pun keluar minum kopi bersama yang tersayang, wanita dan beg tangan tak boleh dipisahkan.

 

Maka tidak mustahil bagi setiap wanita memiliki lebih dari tiga pasang beg tangan, malah sanggup berbelanja untuk memiliki beg tangan mewah idaman.

 

Ramai memilih jenama Longchamp Malaysia kerana sifatnya yang praktikal dan mudah disesuaikan dengan pelbagai keadaan.

 

 

 Kenali Longchamp Malaysia

 

longchamp bag malaysia

 

Longchamp merupakan sebuah syarikat barangan kulit mewah berasal dari Perancis dan mula wujud sekitar tahun 1948.

 

Jean Cassegrain merupakan pemilik syarikat ini yang bertanggungjawab memulakan perniagaan berasaskan jenama ini dengan menjual koleksi dompet, aksesori dan penutup passport.

 longchamp pipe holder

 

Tahukah anda bahawa Longchamp sebenarnya jenama paip tembakau! Namun setiap koleksinya dihias dengan material kulit asli dan paling bergaya di kalangan masyarakat tahun 1940-an.

 

Pada tahun 1970-an Longchamp hadir dengan koleksi bagasi diperbuat dari material kulit ringan dan mendapat sambutan hangat.

 

Longchamp telah mengeluarkan pelbagai koleksi menarik namun yang paling mendapat sambutan ramai adalah Longchamp Le Pliage yang kalis air.

 

 longchamp le pliage collection

 

10 Fakta Tentang Le Pliage Yang Anda Patut Tahu!

 

Le Pliage dalam Bahasa Perancis merujuk kepada ‘lipatan’ – secara tepatnya adalah reka bentuk beg tangan ini dalam bentuk trapezoid – seperti sampul surat.

 le pliage origami

 

1.Le Pliage diilhamkan dari segi origami Jepun yang dipelajari oleh Phillippe Cassegrain, iaitu anak kepada pemilik Longchamp dalam kembaranya ke serata dunia.

 

2.Sesiapa yang memiliki koleksi ini pasti sukakan kepada cirinya yang ringan, kan? Le Pliage menggabungkan kulit asli dari Rusia dan bahagian beg menggunakan kanvas nilon kalis air.

 

3.Reka bentuk klasik dengan pelbagai gaya dan warna menarik menjadikan koleksi ini laris di pasaran dunia dan menjadikan ia beg tangan paling ikonik di dunia.

 longchamp kate middleton

 

4.Kate Middleton, iaitu isteri kepada Putera Charles merupakan peminat utama Le Pliage dengan memiliki pelbagai reka bentuk dan warna untuk kegunaan dan koleksi peribadi.

 

5.Untuk menjadikan ia dekat di hati, anda boleh memperibadikan Le Pliage dari model itu ke warna, pemegang, hadapan beg dan tali bahu mengikut kesukaan anda.

 

6.Tahukah anda Le Pliage sebenarnya bersifat universal – lelaki juga boleh memakainya!

 beli longchamp

 

7.Tahukah anda 10 Le Pliage berjaya dijual dalam masa seminit di seluruh dunia?

 

8. Sehingga kini, sebanyak 32 juta koleksi ini telah dijual di 1,800 butik jenamanya.

 

9. Keluarga Longchamp Le Pliage kini termasuklah beg tote, backpacks, beg bercuti dan beg silang.

 longchamp le pliage new collection

10. Koleksi terbaru Le Pliage merangkumi warna lembut (navy blue, khaki, garnet dan gunmetal gray), logo kuda bersulam di hadapan beg menggunakan empat warna menarik.

 

  

Miliki Koleksi Le Pliage Longchamp Malaysia Anda

 

Ada wanita gemar memiliki beg tangan bersaiz besar kerana boleh memuatkan banyak barangan.

 le pliage sellection

 

Le Pliage Club Collection merupakan koleksi istimewa Longchamp Malaysia dengan tiga warna pilihan yang hangat dan menggoda jiwa setiap wanita.

 

Warna-warna berani iaitu Acid, Red dan Purple hadir dengan dua saiz iaitu kecil dan besar beserta logo bersulam khas di hadapan beg.

 

Anda boleh mendapatkan koleksi terbaru dan TERHAD ini hanya di butik Sellection yang menawarkan pelbagai pilihan jenama antarabangsa mewah dan berkualiti tinggi.

 

Selain koleksi Le Pliage, Sellection turut mempunyai koleksi Longchamp Malaysia yang lain di sini.

 

Kesemua barangannya dibeli terus di Amerika Syarikat, Kanada dan benua Eropah tanpa anda perlu rasa was-was.

 

Lebih penting, harga yang dijual juga amat berpatutan dan mampu milik.

 sellection puan rafidah

 

Butik Sellection dimiliki oleh Puan Rafidah yang sebelum ini merupakan seorang software tester dan translator di Kanada sebelum menjinakkan diri sebagai personal shopper.