This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.

NEW: ShopeePay SPayLater 1-12 month instalment now available!

Diskaun tambahan sehingga RM500 untuk ahli SETIAA! Klik untuk daftar

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5500++ Reviews

Bayar ansuran 3 kali 0% faedah: ATOME

Kini anda boleh bayar ansuran 4 kali 0% faedah bersama Grab PayLater

handbag original

Jangan Tertipu! 7 Tips Untuk Tahu Handbag Original vs Fake

Terlalu banyak penipuan dalam penjualan barangan original di laman sosial sekarang. Elakkan ditipu, mari baca tips untuk kenal pasti beg tangan original atau fake!


Terkilan rasa bila dapat tahu mengenai isu berkenaan pelanggan “terbeli” handbag tiruan (FAKE). Disangkakan handbag original, tetapi tidak! Pengalaman ditipu sebegini amat menyedihkan. 

Baru-baru ini ada beberapa pelanggan datang ke Sellection untuk check handbag mereka. Jujurnya, Sellection bukan tempat untuk sahkan handbag adalah original ataupun tidak. Sellection boleh bantu beri informasi dari pengalaman dan sejarah pembelian yang telah dilakukan sepanjang 8 tahun dalam business menawarkan handbag branded.

Sellection hanya menjual handbag yang Original & Baru iaitu untuk jenama Coach, Michael Kors , Kate Spade & Fossil. Semuanya kami fokus untuk “American Designer Brand”.

Sejak bermula menjadi Personal Shopper (2014-2017) dan kemudian membangunkan Sellection.com yang kini ialah Reseller (2018-2023) banyak pertanyaan dan perkongsian yang saya terima berkenaan beg tangan ORIGINAL VS FAKE.

Saya bukanlah orang yang pakar tapi melalui pengalaman membeli, memiliki dan memerhati barangan original dan eksklusif dapatlah saya kongsikan tips BAGAIMANA KENALPASTI BEG ANDA ORIGINAL ATAU TIPU.


Sharing is Caring

Saya berkongsi tips ini atas rasa tanggungjawab kerana sekarang banyak sindiket penipuan barangan berjenama. Penjual sering memaparkan barangan original di laman sosial tetapi bila sampai ke tangan pembeli, ia bukanlah original. Maka sebab itulah saya nasihatkan supaya kenali terlebih dahulu siapa seller anda dan buat sedikit bacaan atau review. Jangan serkap jarang kerana bila sudah terkena, mesti sedih dan frust! 


Perkongsian Peribadi


Ini adalah perkongsian persendirian saya dan tidak mewakili sesiapa. Tiada prejudis kepada mana-mana pihak. Semua orang punya hak untuk memakai barangan original, gred, palsu, berjenama dan sebagainya. Sekiranya ia bermanfaat boleh share untuk menambah ilmu.

Untuk pengetahuan anda, untuk barangan yang dibeli di outlet, dustbag TIDAK akan disediakan. Sekiranya ia adalah koleksi butik, dustbag akan disediakan dalam beg tangan tersebut. Paperbag juga tidak disediakan tetapi kadangkala mereka akan berikan kepada seller dengan kuantiti yang terhad (upon request). Akan tetapi Sellection tidak mengambil sebarang paperbag dari jenama-jenama ini kerana kami ingin memberikan paperbag kami sendiri “Sellection” untuk branding/penjenamaan business kami. Pelanggan tidak harus risau tentang originaliti produk kami sekiranya paperbag dari jenama Amerika ini tidak diterima kerana produk Sellection 💯 adalah original.

Apabila pelanggan membeli dengan Sellection secara walk-in, pelanggan akan mendapat paperbag Sellection secara percuma dan apabila membeli secara online, pelanggan boleh membelinya  di website.


Original VS Fake
Gambar-gambar di bawah ini saya perolehi hasil daripada rujukan sendiri dan juga gambar daripada customer yang telah mendapat beg tangan tipu (mereka telah kongsikan kepada saya). Saya menangkap gambar-gambar ini dengan menggunakan iPhone untuk kualiti gambar yang jelas dan terang. Berikut adalah contoh lebih lanjut untuk evolusi dan transformasi logo dan perincian sehingga tahun 2020. Saya sediakan juga tentang ciri-ciri beg original dan beg fake. Boleh baca setiap perincian di setiap gambar-gambar yang saya sediakan.

ZIP
Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaraya ialah YKK, IDEAL & Cursive C (berbentuk lingkaran) rujuk gambar. Berikut adalah 3 jenis Zip yang digunakan pada tahun 2020



Perbezaan Handbag Original & Fake (Gambar Pertama)



coach ori vs fake

Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaranya ialah YKK, IDEAL, Cursive C. Jika YKK digunakan, perbandingan boleh dilihat seperti berikut.

Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, lambang YKK yang terletak pada zip adalah rapi. Sekali pandang boleh terus baca. Hurufnya jelas & kemas. Tulisan YKK mesti terletak dalam petak empat segi tepat. Coach menggunakan zip YKK atau IDEAL untuk beg tangan & produk mereka.

Lihat tiga gambar FAKE yang di bawahnya – Cubaan untuk meniru lambang YKK. Tulisan yang tidak kemas dan hampir tidak kelihatan (herot dan gemuk hurufnya).

 

BUTANG
Coach sentiasa mengeluarkan model handbag yang pelbagai setiap tahun. Model handbag ada yang mempunyai butang sahaja dan mungkin menggunakan zip. Gambar dibawah ialah butang pada model handbag Town Bucket koleksi tahun 2020.


 

Perbezaan Butang Original dan Fake untuk Model Handbag Minetta Satchel pada tahun 2017.

coach original and fake button

Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, butang beg tangan Coach mempunyai bulatan kecil di tengah dan ada tulisan “USA PAT-SERIAL NUMBER- COMAG” (Standard Stamping) yang kemas dan jelas.

Lihat dua gambar FAKE di bawah, tiada butang di tengah dan tulisan yang jelas bukan ‘authentic’.

 

FONT & TULISAN 

coach original and fake zipper

Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, perkataan COACH NEW YORK sangat jelas dilihat walaupun dicetak dalam saiz yang kecil. Tulisannya konsisten dari segi saiz dan placement.

Lihat dua gambar FAKE di bawah, anda akan dapat membezakan bagaimana perkataan COACH NEW YORK dicetak. Nampak huruf tidak kemas, berlapis, sekadar mencetak dan tidak jelas langsung. Saduran warna keemasan atau gangsa yang tidak terlalu berkilau pada rantai & zip beg tangan ORIGINAL juga berbeza dengan yang FAKE.

 

RANTAI & PEMEGANG KULIT HANDBAG

coach original dan fake holder 

Lihat pada gambar ORIGINAL di sebelah kanan, pemegang beg tangan disalut rapi dan hampir mencengkam rantai. Begitu kemas. Berbanding gambar FAKE disebelah kiri, boleh lihat rantai beg digantung sebegitu sahaja.

Coach hardware adalah material berkualiti tinggi. Ia tidak akan pudar atau terhakis untuk jangka masa yang panjang. Warna hardware mungkin berlainan mengikut model handbag.

 


Kedua-dua beg ini adalah jenis model yang sama iaitu Satchel Minetta. Jika dilihat pada pemegang beg ORIGINAL (merah), permukaan kulitnya sedikit timbul berbanding beg FAKE (putih) yang permukaan kulitnya flat sahaja.

Kualiti jahitan pada kesemua beg tangan dan produk Coach yang original sentiasa terjaga, rapi dan kemas. Jarang sekali untuk berlaku jahitan berganda ataupun benang terkeluar. 

 

LOGO 
PEDATI KUDA

Logo Coach Yang Original telah menampakkan transformasi hampir setiap tahun. Terdapat sedikit evolusi pada bentuk pedati kuda. Boleh rujuk gambar yang dikongsikan. Selain daripada Logo Pedati Kuda, Coach juga mempunyai variasi logo yang berbeza mengikut model barangan kulit yang mereka keluarkan. Yang pasti, untuk melihat Logo Original, kita boleh lihat secara dekat pada Logo Pedati Kuda, Huruf Coach.

 

Gambar Logo Original adalah seperti di bawah dari tahun 2015 hingga tahun 2020

 

Gambar dibawah ialah variasi Logo Coach Sehingga Tahun 2020.  Model Logo untuk koleksi Wanita & Lelaki

 

Perbezaan Logo Original & Fake pada Tahun 2017

coach original and fake emblem

 

Bezakan gambar ORIGINAL di atas dan gambar FAKE di bawahnya:

1. Logo tulisan COACH : Anda akan nampak perbezaan dari segi kemasan font. Setiap huruf C.O.A.C.H adalah konsisten saiznya. Berbanding dengan fake, anda dapat lihat di huruf A sedikit senget dan nampak hampir sama tetapi jelas berbeza.

2. Logo lambang KERETA KUDA: Untuk logo ORIGINAL, anda akan nampak perbezaan tentang perincian pada bentuk pedati dan kereta kuda. Malah kaki kuda pun anda akan nampak dengan jelas. Berbanding logo FAKE sekadar bentuk sahaja tetapi tidak rapi perinciannnya. Jika lihat sepintas lalu mungkin tidak perasan tetapi jika lihat secara dekat jelas nampak bezanya.

 


KEMASAN JAHITAN & BENTUK KULIT

 

Gambar di atas ialah beg tangan ORIGINAL. Jika dibandingkan dengan beg ORIGINAL (merah) disebelah kiri bawah, kedua-duanya mempunyai mempunyai persamaan dari segi bentuk kulit yang timbul dan rekaannya sedikit runcing ke bawah. Berbanding beg FAKE (putih) disebelah kanan bawah, kulit tidak nampak timbul dan bentuknya lebih lebar dan flat.



SELLECTION
menyediakan pelbagai koleksi barangan yang ORIGINAL, berjenama dan berkualiti. Anda tidak perlu berasa was-was untuk membeli dengan kami kerana semua item dibeli secara terus di Amerika Syarikat. Kami menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik agar semua dapat merasai item berjenama dan original. Untuk melihat koleksi handbag, boleh terus ke laman web rasmi atau ke Facebook Page

Facebook Page : https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah/  
Website : https://sellection.com 
Instagram: https://www.instagram.com/sellectioncom