Terma & Syarat SELLECTION™

KEASLIAN BARANG

  • SELLECTION™ menjual barangan yang dibeli secara langsung di butik dan outlet di negara terutamanya Canada, USA, France dan Italy
  • Barang yang dijual tidak semestinya berlabel Made in USA atau dari negara barat yang lain
  • Untuk barangan Coach, kebanyakan beg berlabel Made in Vietnam, Sri Lanka, Phlippines atau negara Asia yang lain
  • Ini tidak bermaksud barangan tipu atau Gred AAA. Mereka menggunakan tenaga buruh dari negara-negara Asia ini untuk pengawalan harga lebih murah. Tetapi jenama seperti MK, Coach, Kate Spade masih dipegang oleh jenama besar ini. Hak cipta terpelihara, original dan asli, dan kualitinya masih sangat bagus
  • Sekarang sudah menjadi kebiasaan barang yang dibeli di kedai di negara seperti USA dan Canada mempunya label "Made in" yang bukan dari negara mereka sendiri
  • Barangan yang mempunya label 'Made in' negara mereka sendiri berharga jauh lebih mahal
  • Berbanding jenama seperti Chanel, Louis Vuitton, Prada, dan Gucci, barangan mereka mempunya label 'Made in' dari negara Eropah sendiri. Oleh itu, tidak mustahil untuk barang dari jenama-jenama ini berharga jauh lebih mahal
  • Barangan jenama eropah yang berharga lebih dari RM3,000 seperti LV, Prada dan Gucci mempunyai label seperti "Made in Paris", "Made in Italy"
  • Barang jenama Longchamp juga ada yang mempunyai 'Made in' dari negara Asia, dan sekali lagi ditekankan ini tidak bermaksud barangan tipu atau Gred AAA
  • SEMUA BARANG YANG TELAH DIBELI ADALAH SUDAH DIYAKINI TERLEBIH DAHULU KEASLIANNYA DENGAN MEMBACA SEMUA MAKLUMAT DIATAS. SEGALA PERTANYAAN TENTANG KEASLIAN SETELAH BARANG DITERIMA TIDAK AKAN DI LAYAN

 

PAPERBAG & DUSTBAG

  • Secara amnya, paperbag & dustbag original jenama Coach, MK, Katespade, Fossil, Furla, Longchamp tidak diberikan untuk pembelian ready-stock atau pre-order.
  • Walaubagaimanapun, bergantung kepada model dan koleksi barang, dustbag telah didatangkan sekali dengan beg (Eg. untuk barang Koleksi Butik Eksklusif Coach, MK - bukan Koleksi Outlet).
  • Koleksi jenama Eropah seperti Louis Vuitton, Chanel, dan Dior juga akan diberi dustbag.
  • Kami menyediakan paperbag keluaran sendiri yang tidak berjenama atau berjenama SELLECTION™ untuk pembelian walk-in di butik.
  • Untuk setiap kali tempahan pre-order dibuka, kami akan cuba untuk memenuhi permintaan paperbag original. Tetapi tiada janji akan diberikan untuk memenuhi permintaan ini.

 

TEMPAHAN "PRE-ORDER"

  • Pelanggan diyakini telah semak dan faham tentang anggaran waktu barang akan tiba (ETA-Estimated Time of Arrival) untuk setiap barang dilabel pre-order. Walaupun stok barang akan sampai lebih awal dari jadual bayaran ansuran yang dipilih, pelanggan masih boleh membuat bayaran mengikut jadual ansuran yang dipilih.
  • Oleh kerana tempahan adalah 'pre-order', akan berlaku dimana pihak kami gagal untuk membelinya. Kami akan cuba mencari barang tempahan sebaik mungkin.
  • Jika stok barang tempahan pre-order masih tiada akibat kehabisan stok, kami akan memberi cadangan jenis barang yang seakan sama. Sekiranya barang pilihan masih tidak dapat dibeli, wang bayaran/deposit akan dipulangkan.
  • Berikut adalah 3 kaedah bayaran yang diterima:
    • Bayaran Penuh atau Deposit 50% & Baki 50% bila barang sampai
    • Ansuran 2 bulan (50% - 50%) - Jumlah item RM600 dan ke atas
    • Ansuran 3 bulan (40% - 30% - 30%) - Jumlah item RM1000 dan ke atas

    ** Pembelian secara ansuran hanya boleh dibuat dengan menghubungi kami melalui WhatsApp, FB messenger, atau emel sahaja

    ** Deposit diperlukan untuk temphana. Sertakan resit bukti

    ** Terima barang selepas bayaran langsai

    ** Bayaran ansuran perlu dibayar berturut-turut setiap bulan mengikut jadual atau bayar lebih awal untuk mendapatkan barang cepat

      • Sekiranya bayaran ansuran dipilih, pengeposan & pengambilan barang hanya akan dibuat selepas semua bayaran ansuran habis dibayar

      • Terma bayaran ansuran ini disediakan oleh pihak syarikat kami sendiri untuk memberi peluang dan memudahkan pelanggan

      • Tiada kerjasama mana-mana pihak bank digunakan bagi menyediakan kemudahan ini dan tiada caj interest dikenakan.

      • Laman web Sellection.com adalah perniagaan berdaftar atas nama Sellection Sdn Bhd dengan bernombor pendaftaran syarikat 1304547-D.

      • Semua bayaran ansuran pertama atau kedua yang telah dibuat adalah diyakini pelanggan, dan kami akan rekod dan simpan. Setelah bayaran terakhir dilakukan, adalah kemestian kepada pihak kami untuk mengepos/memberi barangan tempahan kepada pelanggan kecuali sekiranya barangan kehabisan stok, wang akan dikembalikan.

      • Wang deposit tidak akan dikembalikan jika berlaku PEMBATALAN ATAU LEWAT MEMBAYAR ANSURAN BULANAN tempahan yang ditetapkan. Kami berhak untuk menjual barangan tempahan yang melanggar polisi tempoh ansuran.
        • NO EXCHANGE, NO REFUND (SELEPAS DEPOSIT DITERIMA), KECUALI BARANG TIADA DALAM STOCK.

         

        POLISI PENGHANTARAN

        • Kos penghantaran tektakluk kepada berat dan kawasan (Semenanjung atau Sabah/Sarawak)
        • Anggaran bayaran untuk beg tangan dan barangan kecil adalah sekitar RM10-RM30

        • Anggaran kos pos untuk barang dapur (kitchenware) adalah sekitar RM10 - RM65

        • Sekiranya pembelian melebih dari satu barang, caj pengeposan akan dikenakan mengikuti berat tambahan barang tersebut

        • Caj pos muktamat untuk tempahan langsung dilaman web ditetapkan di checkout (termasuk pilihan "Free Shipping" jika ada promosi)
        • Semua jumlah caj pengeposan akan dipastikan dan diberikan sesuai dengan carta caj postage yang telah diberikan di atas untuk pembelian langsung dilaman web

        • Caj pengeposan untuk pre-order adalah tertakluk pada seperti berikut
          • RM10 untuk setiap item, +RM5 untuk setiap penambahan item
          • RM10 hingga RM65 untuk barang dapur (akan di pastikan semasa tempahan dibuat)
        • Barang akan dipos dalam masa 48 jam setelah bayaran penuh diterima (tidak termasuk cuti umum dan cuti mingguan perniagaan Butik Sellection, hari Selasa)
        • Pos yang digunakan adalah Pos Laju atau sekiranya alamat pengeposan yang diberikan tidak diterima Pos Laju, kourier lain seperti Nationwide Express atau DHL akan digunakan
        • Sekiranya bayaran ansuran dipilih, pengeposan barang hanya akan dibuat selepas semua ansuran habis dibayar
        • Kami akan bungkus barang yang ditempah dengan sebaik mungkin untuk menjamin kondisi barang yang terima dalam keadaan terbaik. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami
        • Sekiranya barangan diterima adalah salah atau terlebih dari kuantiti yang dipesan, mohon hubungi pihak kami untuk urusan pengeposan balik
        • Barang yang disalah hantar atau dihantar lebih kuantiti adalah bukan milik anda, jadi ianya harus dipulang balik. Barang yang tersalah hantar ini adalah masih milik kami dari segi undang-undang

           

          REFUND & EXCHANGE

          REFUND 

          • Refund adalah tidak diterima secara am nya
          • Tetapi setiap kes permohonan untuk refund akan disemak
          • Tempoh untuk membuat permohonan refund adalah 7 sehari selepas barang diterima
          • Pihak kami akan cuba memberi jawapan sama lulus atau ditolak untuk refund dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan
          • Refund yang akan diluluskan hanyalah jika item kehabisan stok sewaktu 'pre-order' & kesalahan kami, sebagai penjual, dalam menjual barangan. Contoh kesalahan dari pihak kami adalah barangan yang dihantar salah, atau kondisi barang tidak seperti yang dijangkakan. 
          • Sebarang kesilapan dalam proses refund yang menyebabkan kekurangan atau kelebihan amaun dalam proses refund perlu diperbetulkan secepat mungkin, dan penjual/pembeli tidak ada hak atas duit yang terlebih refund

           

          EXCHANGE

          • Exchange adalah tidak terima secara am nya
          • Tetapi setiap kes permohonan untuk exchange akan disemak
          • Tempoh untuk membuat permohonan exchange adalah 7 sehari selepas barang diterima
          • Pihak kami akan cuba memberi jawapan sama lulus atau ditolak untuk exchange dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan
          • Exchange yang akan diluluskan hanyalah jika item kehabisan stok sewaktu 'pre-order' & kesalahan kami, sebagai penjual, dalam menjual barangan. Contoh kesalahan dari pihak kami adalah barangan yang dihantar salah, atau kondisi barang tidak seperti yang dijangkakan.