Selamat Datang ke Orientasi Sellection Business Partner / Affiliate

Selamat datang ke laman orientasi Sellection Business Partner (SBP) & Affiliate. Tujuan laman ini adalah untuk memberi maklumat yang membantu anda untuk terus mula membuat promosi dan mendapat komisyen!

3 Tips Utama Menjadi SBP / Affiliate Yang Berjaya! 🏆 

Sasaran Pelanggan:
Anda boleh mula mempromosikan Sellection dan produk handbag, purse dan lain-lain kepada kenalan rapat dahulu  seperti  ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja terutama yang berminat dan mampu memiliki barangan berjenama. Kemudian disusuli dengan orang awam atau rakan kepada kenalan rapat anda. Selain itu, anda perlu tahu dan membuat sedikit kaji selidik tentang ciri-ciri pelanggan barang branded. Sasaran pemasaran kepada bakal pelanggan yang sesuai adalah kunci teknik pemasaran yang utama.

Tenik Promosi:
Selain mempromosikan barang dari Sellection, anda juga boleh kongsikan cerita-cerita, gambar, dan bahan-bahan pemasaran dari Sellection. Ini akan membuat pelanggan lebih mudah percaya dan ingin membeli. 

Facebook Group Khas untuk SBP. Ini adalah platform  penting untuk anda ikuti dengan rapat. Ia bukan sahaja membantu dari segi tips dan teknik pemasaran & penjualan dari #TeamSellection dan Puan Rafidah sendiri, ia juga adalah tempat untuk semua SBP berkongsi kejayaan, kaedah pemasaram, tips dan pengalaman masing-masing. Yang paling utama adalah group ini akan menaikkan semangat, tenaga dan emosi anda. Ingat, emosi + energy yang tinggi = rezeki yang luas (diikuti dengan doa + tawakal)

Wajib baca dan fahamkan semua maklumat dan SOP penting di bawah

PENTING (Hanya untuk SBP yang berbayar): Mohon ikut langkah berikut untuk masuk ke Facebook Group Rahsia SBP  

(1) Cari atau pergi ke link akaun Facebook Sellection Byrafidah ini dan 'Add Friend': https://www.facebook.com/sellectionbizpartner

(2) Hantar mesej ke friend Sellection Byrafidah dengan mesej : SBP + "nombor IC anda" untuk pengesahan

(3) Anda kemudian akan di invite masuk ke Group Rahsia FB Sellection Business Partner Group

*PENTING: Pastikan privacy settings Facebook anda bukan private, dan tukar kepada public. Jika private, FB friend Sellecion Byrafidah tidak akan nampak akaun FB anda untuk di "invite" masuk ke FB Group SBP

Maklumat & Tips penting tambahan perlu dibaca dan difahamkan