Sellection Business Partner (SBP)
Orientasi dan Papan Buletin

Tarikh kemaskini terakhir: 28 OGOS 2021

Selamat datang ke laman orientasi Sellection Business Partner. Terima kasih dan tahniah kerana anda telah berdaftar sebagai Sellection Business Partner yang sah.
Laman ini memberikan maklumat dan bimbingan yang lengkap untuk membantu anda untuk terus mula membuat promosi dan mendapat komisyen!

PASTIKAN ANDA DAFTAR AKAUN REFERRAL DENGAN MENEKAN BUTANG MERAH DI ATAS.

KEMUDIAN SILA BACA SEMUA MAKLUMAT PENTING DAN MASUK KE FACEBOOK GROUP SELLECTION BUSINESS PARTNER & TELEGRAM SBP AWESOME. SILA LIHAT CARA UNTUK JOIN KE FACEBOOK GROUP & TELEGRAM INI DI DALAM TEKS DI BAWAH.

3 Tips Utama Menjadi SBP Yang Berjaya! 🏆 

Sasaran Pelanggan:
Anda boleh mula mempromosikan Sellection dan produk handbag, purse dan lain-lain kepada kenalan rapat dahulu  seperti  ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja terutama yang berminat dan mampu memiliki barangan berjenama. Kemudian disusuli dengan orang awam atau rakan kepada kenalan rapat anda. Selain itu, anda perlu tahu dan membuat sedikit kaji selidik tentang ciri-ciri pelanggan barang branded. Sasaran pemasaran kepada bakal pelanggan yang tepat adalah kunci teknik pemasaran yang utama.

Teknik Promosi:
Selain mempromosikan barang dari Sellection, anda juga boleh kongsikan cerita-cerita, gambar, dan bahan-bahan pemasaran dari Sellection. Ini akan membuat pelanggan lebih mudah percaya dan ingin membeli. 

Facebook Group Khas untuk SBP. Ini adalah platform  penting untuk anda ikuti dengan rapat. Ia bukan sahaja membantu dari segi tips dan teknik pemasaran & penjualan dari #TeamSellection dan Puan Rafidah sendiri, ia juga adalah tempat untuk semua SBP berkongsi kejayaan, kaedah pemasaram, tips dan pengalaman masing-masing. Yang paling utama adalah group ini akan menaikkan semangat, tenaga dan emosi anda. Ingat, emosi + energy yang tinggi = rezeki yang luas (diikuti dengan doa + tawakal)

Wajib baca dan fahamkan semua maklumat dan SOP penting di bawah

Tips Tambahan