Tarikh kemaskini terakhir: 12 Julai 2020
Selamat datang ke laman orientasi Sellection Business Partner dan Affiliate. Terima kasih dan tahniah kerana anda telah berdaftar sebagai Sellection Business Partner yang sah.
Laman ini memberikan maklumat dan bimbingan yang lengkap untuk membantu anda untuk terus mula membuat promosi dan mendapat komisyen!
Sasaran Pelanggan:
Anda boleh mula mempromosikan Sellection dan produk handbag, purse dan lain-lain kepada kenalan rapat dahulu seperti ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja terutama yang berminat dan mampu memiliki barangan berjenama. Kemudian disusuli dengan orang awam atau rakan kepada kenalan rapat anda. Selain itu, anda perlu tahu dan membuat sedikit kaji selidik tentang ciri-ciri pelanggan barang branded. Sasaran pemasaran kepada bakal pelanggan yang sesuai adalah kunci teknik pemasaran yang utama.
Teknik Promosi:
Selain mempromosikan barang dari Sellection, anda juga boleh kongsikan cerita-cerita, gambar, dan bahan-bahan pemasaran dari Sellection. Ini akan membuat pelanggan lebih mudah percaya dan ingin membeli.
Facebook Group Khas untuk SBP. Ini adalah platform penting untuk anda ikuti dengan rapat. Ia bukan sahaja membantu dari segi tips dan teknik pemasaran & penjualan dari #TeamSellection dan Puan Rafidah sendiri, ia juga adalah tempat untuk semua SBP berkongsi kejayaan, kaedah pemasaram, tips dan pengalaman masing-masing. Yang paling utama adalah group ini akan menaikkan semangat, tenaga dan emosi anda. Ingat, emosi + energy yang tinggi = rezeki yang luas (diikuti dengan doa + tawakal)
SELLECTION Instalment:
Platform terbaru ini di lancarkan untuk memberi peluang memiliki barangan berjenama dengan merancang perbelanjaan.
Perbezaan penting SELLECTION (tunai) vs SELLECTION Instalment (ansuran)
(1) www.sellection.com adalah laman web utama yang menawarakan cara pembayaran secara tunai. Cara pembayaran yang diterima adalah FPX Online Banking dan Kad Kredit.
(2) ansuran.sellection.com adalah laman web berlainan yang menjual koleksi barang yang sama tetapi menawarkan cara pembayaran secara ansuran 0% faedah. Lihat FAQ tentang program bayaran ansuran dengan klik di sini