Pre-order Update

Salam Sis,
Saya Rafidah dari SELLECTION™. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas tempahan #BLACKFRIDAYS19 tempoh hari dan kepercayaan Sis amat bernilai buat SELLECTION™. Setelah sebulan mencari tempahan ini di 6 outlet sekitar New York, New Jersey, Pennsylvania, Philadelphia,  dukacita dimaklumkan bahawa tempahan Sis tidak dapat #TeamSellectionUS beli kerana kehabisan stok di outlet/Butik. Seperti yang sudah tertakluk di dalam terma dan syarat "Tempahan Pre Order" di website Sellection (https://sellection.com/pages/terms-conditions), akan ada kebarangkalian barangan 'pre order' gagal kami beli  akibat kehabisan stok. Saya ingin memaklumkan #TeamSellectionUS sudah berusaha sebaik mungkin dan kami kesal kerana tidak dapat membeli barang-barang yang diingini. 

Seluruh warga #TeamSellection  telah mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) yang tinggi bagi memenuhi setiap pre-order yang diterima.  #TeamSellection menerapkan mutu servis layanan yang tinggi ketika berurusan secara online. Setiap customer dilayan dengan penuh perincian dan kemesraan tanpa sebarang bias walaupun mungkin mengambil masa yang lama. Sellection diwujudkan dan berkembang maju kerana kami diyakini memberi mutu khidmat pelanggan yang terbaik.

Akan tetapi, saya sedar bahawa akibat kadar kemasukan mesej yang luar biasa dan trafik yang sangat tinggi sekarang telah menyebabkan #TeamSellection mengambil masa agak lama untuk memberi respon kepada pelanggan kerana menjawab persoalan satu persatu dengan terperinci dan baik, mengikut urutan. 

Walaupun kemasukan mesej semakin tinggi, #TeamSellection masih tetap ingin mengambil masa untuk melayan setiap pelanggan online untuk memastikan anda mendapat jawapan atau pembelian yang memuaskan.

Saya & #TeamSellection mohon maaf atas kekurangan ini dan   SELLECTION™ mengambil serius pandangan setiap review dan terus perbaiki kekurangan ini dengan menambah Sales Team untuk mempercepatkan kadar waktu membalas mesej. Disini saya juga mohon Sis mehamami situasi di pihak kami dan tetap memberi peluang dan yakin kepada SELLECTION™ sebagai trusted seller No. 1 di Malaysia. Terima kasih atas kerjasama  diberikan dan mudah-mudahan kita akan berurusan dilain kali. InshaAllah

Sila kembali ke SMS yang diterima untuk proses REFUND.

Sekian,
Salam Kasih,
-Rafidah
 

Lawati Butik Sellection

Store image

OPEN HOURS :

Mon - Sunday: 10AM - 7PM
Friday : 11AM - 9PM
Open Everyday

Phone: +603 4142 0000
Address: 10 Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur