Sedang mencari alatan memasak yang berjenama dan berkualiti tinggi? Ketahui kelebihan dan keunikan jenama Corningware yang dikenali ramai ini.

 corningware malaysia

 

Setiap wanita pasti mengimpikan set peralatan dapur atau kelengkapan dapur yang terbaik.

Ianya bukan sekadar menghidangkan makanan kepada keluarga, malah ia juga sebagai sebahagian daripada hobi dan koleksi.

Ada yang gemar mengumpul set pinggan mangkuk, set cawan dan gelas, begitu juga dengan set periuk masakan.

Ada yang berasa puas hati apabila memiliki koleksi jenama mewah dan terkenal, contohnya Corningware.

 

Kenali jenama Corningware

 

Jenama kelengkapan dapur yang berasal dari Amerika Syarikat ini mula diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun 1958.

Ia telah menembusi pasaran dunia bertahun lamanya dengan pelbagai produk dan inovasi baru.

Rangkaian produk Corningware diperbuat daripada kaca seramik yang dikenali sebagai pyroceram, bahan yang tahan terhadap suhu sejuk dan panas yang tinggi.

Penggunaan pelbagai bahan untuk memasak sentiasa mengeluarkan pelbagai bau.

Namun penggunaan peralatan dapur Corningware ini nyata tidak menyerap bau dan kesan disebabkan bahan kaca tersebut tidak bersifat reaktif dan tidak berpori.

Ini sekaligus menjamin tahap keselamatan dan kesihatan pengguna jenama Corningware. 

Malah pembuatannya dari pyroceram juga membolehkan periuk masakan ini mudah untuk dibasuh dan dicuci.

Set kelengkapan dapur dari Corningware ternyata versatile dan memudahkan pengguna.

Ia boleh diambil terus dari peti sejuk untuk dipanaskan di atas dapur, oven, ketuhar gelombang panas sehingga ke mesin pembasuh pinggan.

Ada wanita gemar mengirim kepada teman-teman di luar negara untuk mendapatkan set peralatan dapur seperti Corningware kerana harga yang lebih murah.

Ada juga yang suka berbelanja barangan seperti itu menerusi aplikasi dalam talian.

Namun, kualiti dan ketulenan sesuatu barangan itu mungkin diragui.

 

Koleksi Alatan Masak Berkualiti Hanya Di Sellection

 

SELLECTION menawarkan penyelesaian kepada anda.

Syarikat ini menyediakan pelbagai barangan yang original, berjenama dan berkualiti tinggi. Anda pasti tidak akan was-was membeli-belah dengan kami.

Kesemua barangan dibeli terus di Amerika Syarikat, Kanada dan benua Eropah.

Kesemua barangan ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik agar semua orang dapat memiliki barangan berjenama dan tulen.

Anda boleh mendapatkan koleksi Corningware yang ditawarkan di SELLECTION dengan harga berpatutan. Klik sini untuk melihat koleksi Corningware.

 

corningware malaysia

Corningware 2.5L Saucepan untuk para wanita menyediakan sup, bubur atau makanan berkuah yang lain pula berharga RM220.

 

corningware malaysia

Bagi anda yang gemar membuat kek atau makanan pastri, semestinya set Corningware CW 4 pieces Bakeware Set melengkapi keperluan anda.

Dengan harga RM240 (potongan RM10), set ini hadir dengan empat warna menarik.

 

corningware malaysia

 

Ketika musim perayaan, anda memerlukan peralatan dapur seperti periuk dalam saiz yang lebih besar untuk memudahkan kerja penyimpanan lebihan makanan.

Set Corningware Stovetop Pyroceram European Herbs 5L membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Dengan harga RM350 seunit, set tahan lasak ini sesuai untuk pelbagai kegunaan masakan.

 SELLECTION bukan sahaja menjual barangan Corningware.


Terdapat pelbagai lagi produk berjenama lain yang dijamin tulen dan berkualiti turut dijual dengan harga mampu milik.

Sekiranya berminat, anda boleh hubungi melalui Whatsapp di nombor 018-233 8566 atau klik di sini atau follow akaun Instagram dan Facebook mereka.

Anda juga boleh berkunjung ke butik mereka di alamat :

No 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.