Setiap isi rumah pasti mempunyai citarasa yang berbeza apabila bercerita mengenai set pinggan mangkuk.

Pinggan mangkuk mampu menggambarkan keperibadian seseorang itu mengikut citarasa mereka yang tersendiri. Ketahui 5 set jenama pinggan mangkuk yang terkenal di bawah.

 

JENAMA PINGGAN MANGKUK TERKEMUKA

1. Corelle 

 

 

Corelle adalah satu set pinggan mangkuk yang terkenal dengan ketahanan lasaknya yang tidak mudah pecah.

Set ini mempunyai mangkuk dan pinngan yang didatangi dengan pelbagai saiz dan bentuk, corningware, mug serta set teh. Corelle mengeluarkan corak yang baru setiap tahun demi memuaskan kepuasan pelanggan.

 

2. Portmeirion

 

Bagi anda yang menggemari pinggan mangkuk yang diimport dari UK, Portmeirion adalah pilihan terbaik untuk anda.

Ia mengandungi 24 set pinggan mangkuk yang terdiri daripada 10 buah pinggan bersaiz 10 inci, 6 buah pinggan bersaiz 8 inci dan mangkuk oat.

 

3. Duralex Amber

 

 

Lihat sahaja pada warna dan anda pasti mengetahui set pinggan mangkuk yang terkenal ini,

Jenama Duralex tetap banyak digunakan oleh rakyat Malaysia terutama golongan-golongan yang terdahulu.

Duralex dalah set pinggan mangkuk daripada Perancis yang diperbuat daripada kaca tahan haba. Sesuai digunakan oleh individu yang menggemari “plain” kerana coraknya yang kosong.

4. Vantage Givency

 

 

Bagi penggemar corak klasik Inggeris dan floral, jenama pinggan mangkuk Vantage sudah semestinya menjadi pilihan utama.

Set pinggan mangkuk bertemakan Inggeris ini sangat menawan dan unik kerana corak bunga yang memenuhi setiap sudut perkakasannya.

Bertemakan bunga ros, ia didatangi dengan pinggan pelbagai saiz mangkuk, piggan lauk serta set the. Vantage menawarkan harga yang berpatutan dengan seiring dengan kualiti ynag ditawarkan.

 

5. Arcopal 

 

 

Corak Arcopal yang biasa dilihat pasti menangkap mata sesiapa sahaja.

Setiap set pinggan mangkuknya mengandungi pinggan, mangkuk buah, mangkuk kecila dan cawan teh.

Arcopal boleh dikategorikan set pinggan mangkuk yang wajib dimiliki oleh setiap rumah kerana coraknya yang cantik dengan harga yang berpatutan. 

Demikian adalah 5 jenama pinggan mangkuk yang patut miliki segera. Sekiranya anda sedang mencari set pinggan mangkuk daripada jenama pinggan mangkuk terkenal, anda boleh lihat koleksi jenama pinggan kami di sini.