My Cart

Close

All products sold on Sellection.com are 100% authentic! Follow us on Instragram / Facebook / Youtube

9 Jenis Beg Tangan Wanita Yang Patut Dimiliki Oleh Wanita

Posted on January 14 2019

Beg tangan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja beg tangan yang diingini, pasti wanita teruja untuk menyatakan jenama beg tangan yang diminati. Terdapat pelbagai jenis, rekaan, bentuk dan jenama beg tangan di pasaran yang boleh disesuaikan dengan majlis dan keadaan yang berbeza. Ianya bukan sekadar aksesori fesyen tetapi lebih kepada ekspresi pemakai beg tangan tersebut. 

   

Bagi wanita yang teringin menukar beg tangan dan masih keliru dengan fungsinya, jom ikuti panduan ini!

 

 Tote Bag

Jika ada temu janji dengan teman atau mahu ber’shopping’ di hujung minggu, tote bag adalah pelengkap gaya buat wanita. Sifatnya yang bebas dan mempunyai ruang yang besar serta praktikal, menjadikan ramai wanita menggemarkan ia sebagai beg ke pejabat supaya pelbagai barangan boleh diletakkan di dalamnya. 

 

Sling Bag (Beg Silang)

Boleh dikatakan fesyen wanita muda hari ini. Saiznya yang kecil menyerlahkan gaya minimalis kepada si pemakai. Ia boleh digunakan sama ada dengan tali panjang atau pendek, bergantung kepada stail si pemakai.

  

Beg Hobo

Beg tangan stail ini satu tali untuk disangkut pada bahu, tidak berstruktur dan lembik. Sesuai bagi mereka yang gemarkan gaya bohemian. 

 

Clutch

Kebiasaannya digayakan di majlis-majlis formal dan glamor dilengkapi dengan juraian manik atau tatahan batu. Ia tidak bertali dan selesa untuk dipegang. Untuk gaya santai, rekaan clutch lebih santai dan bebas perincian.

  

Bucket Bag

Saiz beg tangan ini lebih panjang dari beg-beg yang lain dan menyerupai bentuk uncang. Ia tidak mempunyai zip dan hanya satu tali panjang untuk diselaras mengikut kesesuaian untuk digalas pada bahu.

 

Sesuai pada acara santai, atau digayakan untuk ke kolej dan pejabat.

  

Straw Basket (Beg Jerami)

Pilihan beg tangan sesuai ketika musim panas, tampak lebih chic berbanding koleksi beg anda yang lain. Sesuai digayakan pada hujung minggu jika mahu bersantai di pantai atau laut. Ruangnya yang agak besar sesuai untuk diisi dengan barang peribadi seperti tuala dan makanan ringan.

 

Boleh juga dijadikan peneman ke pejabat untuk menyimpan komputer riba atau fail dokumen. 

 

Satchels

Anda tak perlu lagi memenatkan bahu dengan membawa dua beg tangan dengan satu beg satchel! Amat sesuai untuk wanita bekerjaya – bergaya dalam satu keperluan. Fungsinya sebagai beg tangan harian dan beg komputer riba.  

  

Baguette Bag

Seperti nama roti Perancis yang bersaiz panjang dan nipis, begitulah rupa beg tangan ini. Bersaiz kompak dengan tali pendek. Sesuai untuk digayakan di majlis-majlis formal.

  

Fanny Pack

Untuk anda yang mahu bergaya tetapi tetap mahu kelihatan simple, fanny pack adalah jawapannya. Jadikan beg tangan ini sebahagian daripada koleksi beg tangan anda.

Sekiranya anda sedang shopping beg tangan berjenama, anda boleh lihat koleksi beg tangan wanita kami.