Pinggan mangkuk ada pelbagai jenis yang menarik.

Pemilihan pinggan mangkuk yang sesuai adalah penting tidak kira pinggan itu diperbuat daripada seramik, kaca mahupun plastik.

Banyak faktor pemilihan pingan mangkuk. Biasanya pelanggan akan melihat kepada ketahanan, tidak mudah pecah dan calar, tinggi ketahanan suhu ketuhar gelombang mikro.

Kini, pelbagai jenama pinggan mangkuk menjadi pilihan terutamanya suri rumah yang mahukan pingen mangkuk untuk tujuan kenduri doa selamat dan jamuan makan.

Berikut adalah jenis koleksi pinggan mangkuk yang boleh digunakan malah juga boleh disimpan sebagai koleksi.

Koleksi Set Pinggan Mangkuk 

 

1. Corelle 16pc City Block

 

 

 

Corelle adalah set pinggan yang termasuk dengan 4 pinggan makan, 4 pinggan roti dan mentega, 4 mangkuk sup dan 4 cawan.

Bilangan atau jumlah di dalam set ini mencukupi untuk keperluan untuk hidangan sekeluarga semasa makan tengahari dan makan malam.

Rekabentuknya sangat menarik dan ringan memudahkan penyimpanan. Bukan sahaja itu, ia juga selamat dan untuk digunakan di dalam ketuhar gelombang tinggi dan pencuci pinggan.

Set pinggan ini pastinya digemari oleh suri rumah kerana permukaannya yang tahan lama dan tahan calar.

 

2. Corelle 16pc Corn Flower

 

 

Set pinggan Corelle dengan reka bentuk yang ringkas ini sangat berkualiti kerana ia boleh digunakan pada suhu makanan yang tinggi dan tidak mudah pecah.

Bagi yang berkeluarga besar, ini merupakan pilihan yang tepat dan lengkap dengan adanya set pinggan ini.

 

3. Giacomo Rossie Translucent Porcelain Dinner Set

 

 

Set pinggan Giacomo ini mempunyai kualiti yang tinggi dan mampu menahan suhu sehingga 850 darjah celcius dan sesuai digunakan untuk memanaskan atau memasak makanan menggunakan oven.

Reka bentuknya yang menarik dan cantik sesuai untuk dihidangkan bersama makanan yang lazat kepada tetamu yang datang ke rumah. Set pinggan ini terdiri daripada 4 pinggan makan, 4 piring kecil, 4 mangkuk dan 4 cawan termasuk piring.

 

4. Portmeirion Botanic Garden Plate Set of 6

 

 

Bagi wanita yang berjiwa feminin dan gemarkan motif bunga-bungaan segar, set pinggan mangkuk dari Portmeirion sesuai dengan anda. Corak klasik yang tidak ditelan zaman, Botanic Garden adalah koleksi yang paling terkenal.

Jenama ini berasal dari United Kingdom dan kesemua set pinggan mangkuknya menggunakan material earthenware – menjadikan ia selamat digunakan pada suhu rendah dan tinggi seperti mesin pencuci pinggan, ketuhar gelombang tinggi, peti sejuk dan penyejuk beku.

 

5. Corelle 16 Pcs Livingware Dinner Set – Garden Lace

Set pinggan ini mempunyai corak yang cantik di sudut pinggan iaitu corak jenis kerrawang berwarna biru kehijauan. Reka bentuknya yang halus dan kemas memberi lebih tarikan kepada sesiapa yang melihatnya.

Selain itu juga ia merupakan pinggan yang tahan lasak dan tidak mudah pecah malah ia juga pinggan yang boleh digunakan pada ketuhar gelombang mikro dan juga susuai digunakan untuk mengukus. Set ini termasuklah 4 pinggan makan, 4 piring kecil, 4 mangkuk dan juga 4 cawan.

 

6. Arcopal 38pc Dinner Set – Elise

 

 

Set pinggan ini amat sesuai bagi keluarga besar atau digunakan ketika kenduri atau jamuan. Ia mempunyai 6 pinggan makan, 6 mangkuk sup, 6 piring desert, 6 mangkuk kecil, 6 cawan dan 6 saucers selain mangkuk besar dan pinggan bujur setiap satu.

Diperbuat dari bahan berkualiti tinggi, set pinggan mangkuk Arcopal didatangkan dengan variasi corak tradisional, kontemporari, elegan dan warna-warni.

Jenama Arcopal sangat dipercayai apatah lagi ia tahan lasak dan tidak mudah pecah.

 

7. Luminarc Dinner Set in Berkshire

 

 

Luminarc adalah set pinggan mangkuk untuk keluarga besar. Ia mengandungi 24 pinggan makan, 11 piring hidangan, 6 pinggan snek, 5 mangkuk, 11 gelas, 1 pinggan hidang dan 1 mangkuk hidangan.

Luminarc merupakan jenama yang menjadi pilihan wanita kerana variasi corak yang menarik, diperbuat dari kaca Sodo terbaja sepenuhnya yang membuatkan ia tahan haba dan gegaran, malah materialnya yang tidak berliang menjadikan ia kalis bau dan kesan.

Set pinggan mangkuk Luminarc juga selamat untuk digunakan dalam ketuhar gelombang mikro dan mesin pencuci pinggan yang berhaba tinggi.


Tidak kira apa jenama pinggan mangkuk atau set pinggan mangkuk yang anda ingini, pastikan ianya dapat memenuhi keperluan anda.

Sekiranya anda sedang mencari set pinggan mangkuk daripada jenama pinggan mangkuk terkenal, anda boleh lihat set pinggan mangkuk kami di sini

Anda boleh membuat pesanan melalui Whatsapp di talian 0182338566 atau emailkan kepada mysupport@sellection.com.