My Cart

Close

All products sold on Sellection.com are 100% authentic! Follow us on Instragram / Facebook / Youtube

10 Jenama Beg Tangan yang patut dimiliki oleh wanita pada masa kini

Posted on December 07 2018

Wanita dan beg tangan tidak dapat dipisahkan. Setiap wanita pastinya ingin memiliki jenama beg tangan mewah untuk kelihatan cantik dan anggun apabila menggayakannya ketika keluar bersiar-siar mahupun ke majlis keramaian.

 

Bagi wanita, memiliki beg tangan bukan sekadar keperluan tetapi lambang dan prestij. Oleh kerana itu, wanita di Malaysia mampu memiliki lebih daripada sebuah beg tangan berjenama.

 

Ada yang sanggup berbelanja semata-mata mahu memiliki koleksi jenama beg tangan mewah yang berada di pasaran.

 

Berikut adalah 10 jenama beg tangan wanita yang popular.

 

1. Prada

Prada adalah sebuah jenama beg tangan yang popular berasal dari Itali. Bermula sebagai kedai barangan kulit, syarikat beg tangan mewah ini ditubuhkan pada tahun 1913 oleh Mario Prada dan abangnya Martino. Keistimewaan Prada adalah ianya diperbuat daripada kulit yang berkualiti dan asli. 

prada

Beg Prada yang dilengkapi perkakasan emas bagi mengekalkan imej vintaj untuk beg tangan wanita. 

 

2. Gucci


Gucci adalah salah satu jenama fesyen dan barangan kulit mewah popular. Diasaskan oleh Guccio Gucci di Florence pada tahun 1921.

Dalam senarai Forbes World's Most Valuable Brands list, Gucci berada di kedudukan ke-38 jenama paling berharga, sekaligus menjadikan Gucci beg tangan mewah yang paling laris dan digilai wanita. 

gucci

Variasi warna, bentuk, dan kulit serta ditatah batu permata sebagai hiasan pada beg tangan menjadikan wanita kelihatan elegan dan anggun. 

 

3. Chanel

Sebut sahaja nama Chanel, pasti ramai wanita mengetahui jenama beg tangan wanita ini. Diasaskan di Perancis oleh Alain Wertheimer dan Gérard Wertheimer, Chanel merupakan ikon beg tangan kulit mewah yang menjadi pilihan wanita zaman ini. Kebanyakan model dan pelakon popular memilih Chanel sebagai koleksi beg tangan yang perlu dimiliki. 

Channel

Rekaan klasik dan moden beg tangan wanita Chanel.

 

4. Louis Vuitton

Memang tak sah kalau anda belum memiliki beg tangan berjenama Louis Vuitton ini. Ianya juga dikenali sebagai LV dan agak sinonim dengan penghasilan beg tangan mewah berkualiti buatan tangan dan kalis air. 

Louis Vuitton

Jenama LV tidak asing lagi untuk peminat beg tangan wanita

 

5. Hermes Birkin

Sekiranya anda memiliki beg tangan mewah ini, anda mungkin wanita yang paling glamour di dunia!

Hermes merupakan jenama fesyen terkemuka dari Perancis dan menghasilkan beg tangan termahal di dunia iaitu Hermes Birkin.

Penghasilannya sangat teliti sehingga setiap pekerja mereka adalah terlatih dan mempunyai kepakaran untuk menghasilkan sebuah beg tangan wanita yang ikonik. Disebabkan itu, Hermes Birkin menjadi beg tangan idaman setiap wanita. 

hermes

Hermes Birkin berada dalam kelas tersendiri senarai beg tangan mewah wanita.

 

6. Valentino

Sebuah jenama unggul dari Itali ini mengetengahkan konsep rekaan beg tangan yang kasual dan bergaya. Sangat sesuai untuk wanita yang simple tetapi masih mahu kelihatan bergaya di pejabat dan majlis luar.

 valentino

Jenama beg tangan wanita Valentino dengan tag 

 

 7.Chloe

Chloe adalah jenama beg tangan mewah yang unik dan versatil. Diasaskan pada tahun 1952 oleh Gaby Aghion di Perancis, Chloe memaparkan reka bentuk beg tangan untuk wanita dengan ciri-ciri moden dan artistik. 

chloe

Reka bentuk beg tangan Chloe sentiasa menambat hati wanita masa kini. 

 

8. Dior

Beg tangan wanita Dior direka dengan pelbagai gaya dan warna bagi memenuhi kehendak wanita kontemporari. Ianya jenama wajib dalam senarai beg wanita mewah yang patut dimiliki.

dior

Jenama beg tangan Dior menyerlahkan kemewahan dan keanggunan wanita. 

 

9. Coach

Coach adalah sebuah jenama beg tangan mewah yang berasal dari Amerika Syarikat. Coach menawarkan pelbagai koleksi beg tangan yang bergaya dan unik. Bagi wanita yang mahukan beg tangan wanita yang bergaya dan tahan lama, beg tangan Coach sememangnya menjadi pilihan yang terbaik. 

coach

Siapa yang tidak menyukai beg tangan yang cantik dan besar dalam koleksi beg tangan mereka? Beg tangan Coach ada ciri-ciri yang anda ingini

 

10. Bonia

Asia juga mempunyai jenama beg tangan mewah yang boleh dibanggakan. Bonia merupakan jenama fesyen berkualiti yang berpangkalan di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 700 cawangan jualan dan 70 butik di seluruh Asia. Keunikan yang ditampilkan di dalam setiap keluaran beg tangan Bonia menjadikannya pilihan wanita yang inginkan beg tangan berkualiti. 

bonia

Beg tangan Bonia menjadi pilihan wanita Asia 

 

Terpulang kepada apa jenis beg tangan mewah yang anda suka. Apa yang pasti, koleksi beg tangan berjenama ini dapat melengkapkan ekspresi fesyen dan aksesori anda.

Sekiranya anda sedang mencari beg tangan wanita berjenama dengan harga yang berpatutan, anda boleh dapatkannya daripada koleksi beg tangan wanita kami.